Make your own free website on Tripod.com

NAMA : ................................................................................... TAHUN : .........................

A. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

        Manusia amat memerlukan makanan, pakaian, dan tempat perlindungan. Tanpa keperluan asas ini, manusia tidak dapat hidup.
        Makanan amat penting kepada manusia . Manusia memerlukan makanan supaya mendapat tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian. Tanpa makanan, manusia akan matu kelaparan.
        Manusia juga memerlukan pakaian untuk menutupi tubuh badan. Pakaian juga dapat mengelakkan manusia daripada kesejukan dan kepanasan.
        Keperluan kepada tempat perlindungan pula adalah untuk melindungi daripada ancaman binatang buas atau musuh. Tanpa tempat perlindungan, keselamatan manusia akan terancam.

1. Apakah keperluan asas manusia ?

2. Bagaimanakah sekiranya manusia tidak mempunyai makanan,pakaian, dan tempat
    perlindungan ?

3. Mengapakah manusia memerlukan makanan ?

4. Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia tidak mempunyai tempat perlindungan ?

B. Berdasarkan petikan di atas, berikan kata dasar bagi kata berimbuhan di bawah ini .

1. perlindungan
2. memerlukan
3. menutupi
4. mengelakkan
5. ancaman
6. keselamatan

C. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

         Pada cuti semester yang lalu, saya melancong ke Singapura. Saya pergi bersama-sama keluarga saya. Kami pergi ke sana menaiki kapal terbang. Hati saya sungguh gembira.
         Di sana, kami tinggal di Hotel Mandarin, iaitu hotel yang terkenal di Singapura. Pada hari pertama , kami melawat ke Pusat Sains. Terdapat pelbagai alat moden di sana. Selepas itu , kami pergi ke Taman Burung. Di taman itu terdapat pelbagai jenis burung yang berwarna-warni.
         Pada hari kedua , kami pergi ke Pulau Sentosa. Kami menaiki feri ke sana. Perjalanan dengan menaiki feri sangat menarik. Selepas tiga hari berada di Singapura, kami pun pulang ke Kuala Lumpur.

1. Bilakah penulis melancong ke Singapura ?

2. Sebelum penulis ke Singapura , pernahkah dia menaiki  kapal terbang ?

3. Semasa di Singapura , di manakah penulis dan keluarganya tinggal ?

4. Nyatakan tempat-tempat yang dilawati oleh penulis semasa di Singapura.
     a. ...........................................       b. ...............................................       c......................................

5. Berapa lamakah penulis berada di Singapura ?

6. Bagaimanakah penulis pergi ke Singapura ?
 

D. Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata hubung yang diberi.

1. Wai Man menangis.
    Wai Man terjatuh dari pokok.  ( kerana )

2. Bapa mendengar radio.
    Bapa membaca surat khabar.  ( sambil )

3. Kakak memadamkan lampu.
    Kakak tidur.  ( lalu )

4. Budak itu rajin.
    Budak itu pintar.  ( serta )

5. Sang Kancil bijak.
    Sang Buaya bodoh.  ( tetapi )
 

E. Bulatkan jawapan  yang paling sesuai.

1. _________ di dalam kelas itu pandai belaka.
     A. Murid-murid B. Anak-anak C. Budak-budak

2. Di dalam gua itu terdapat sarang _________.
     A. kekuda B. lelabah C. kekacang

3. Kayu itu dimakan oleh ________ .
     A. agar-agar B. kura-kura C. anai-anai

4. Para pemandu dinasihatkan memandu dengan _______________ di jalan raya.
     A. berbaik-baik B. berhati-hati C. bersungguh-sungguh

5. Razli ________ datang ke rumah saya.
     A. jarang-jarang B. jarak-jarak  C. ramai-ramai

F. Tulis ayat di bawah semula dengan menggunakan tanda baca yang betul.

1. sepupu alina baru sahaja balik dari australia

2. datuk ahmad tinggal seorang diri di gua musang

3. sang arnab telah menipu sang rangkak

4. oh  awak rupanya yang datang semalam

5. apakah yang sedang dilakukan oleh razali
 

G. Pilih perkataan berimbuhan yang betul untuk mengisi tempat kosong.

1. Rumah Devi tidak _______________ ____ rumah Lisa.  ( tercantik , secantik )

2. Puan Lina sedang ____________________ anaknya yang sedang menangis.
    ( mendukung ,  pendukung )

3. Adik menangis kerana ____________________ dari katil.  ( berjatuh , terjatuh )

4. ________________________ Ramu tidak diterima oleh abangnya.  ( Pendapat , Mendapat )

5. Anis dan Intan ________________________ ke rumah Mei Ling pada Tahun Baru Cina.
   ( kunjungan ,  berkunjung )

6. Mereka ______________________ ialah adik-beradik kembar.  ( kedua , berdua )

7. ___________________________ begitu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
    ( Pakaian , Memakai )

H. Lengkapkan cerita di bawah dengan perkataan yang diberi.

1. Sang Musang sedang ___________________________ di bawah sebatang pokok.

2. Tiba-tiba musang __________________________ bau daging.

3. Musang ___________________________ ke atas pokok . Musang nampak seekor gagak

      ________________________ di atas dahan dan paruhnya ada sepotong daging.

4. Musang pun ________________________ gagak dan menyuruh gagak menyanyi.

5. Sebaik sahaja gagak _____________________________ mulutnya , daging itu jatuh.

6. Musang pun melarikan daging itu. Gagak _____________________________ sungguh marah dan menyesal.

 berasa  terhidu  bertenggek  membuka  mendongak berfikir  berbaring  memuji