NAMA : ___________________________________      TAHUN : ____________

Baca petikan-petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan lengkap.

         Jali suka bersukan. Acara yang disukai olehnya ialah acara olahraga dan bermain bola keranjang. Jali selalu mengambil bahagian dalam acara lumba lari 100 meter di sekolahnya. Dia juga mewakili sekolah dalam pasukan bola keranjang. Tiap-tipa petang dia bermain di gelanggang di hadapan rumahnya.

1. Apakah yang disukai oleh Jali ?

2. Permainan apakah yang diminati oleh Jali ?

3. Dalam acara apakah Jali selalu mengambil bahagian ?

4 . Bilakah Jali selalu bermain bola keranjang ?

5. Di manakah Jali selalu bermain bola keranjang ?
 

         Jalil dan Zamri adik beradik. Jalil darjah tiga dan Zamri darjah enam. Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Melur.
         Zamri pandai. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Jalil pula seorang yang gemar bersukan. Dia selalu memenangi acara sukan yang disertainya.
         Mereka berdua juga gemar bermain bola sepak dan badminton.

1. Siapakah yang lebih tua antara mereka berdua ?

2. Di manakah kedua-dua orang budak itu bersekolah ?

3. Apakah kelebihan yang ada pada Zamri ?

4. Apakah kelebihan yang ada pada Jalil ?

5. Apakah kegemaran mereka ?
 

Pemberita    : Doktor Aris, bagaimana keadaan budak itu ?
Doktor Aris : Budak itu masih dirawat. Keadaannya agak parah. Hampir seluruh tubuhnya
                     melecur dijilat api.
Pemberita    : Dapatkah dia diselamatkan ?
Doktor Aris : Saya rasa dapat. Tetapi parut-parut melecur itu tidak mungkin hilang dalam masa
                     yang singkat.
Pemberita    : Boleh doktor terangkan tentang kejadian itu ?
Doktor Aris : Suatu kebakaran telah berlaku di rumah budak ini. Ibu bapanya tiada di rumah. Cuma
                     tinggal dia dan dua orang adik kecilnya. Walaupun berumur 10 tahun, budak ini
                     sangat berani. Dia berjaya menarik keluar kedua-dua orang adiknya. Malangnya
                     sebatang kayu menghempap tubuhnya.
Pemberita    : Apakah nasihat doktor kepada ibu bapa khususnya ?
Doktor Aris : Saya ingin mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak kecil tanpa jagaan
                     sesiapa di rumah.

1. Apakah yang terjadi kepada budak itu ?

2. Mengapakah budak itu dikatakan berani ?

3. Apakah kesan jangka panjang yang mesti ditanggung oleh budak itu ?

4. Apakah nasihat doktor pada hujung dialog ini ?
 

P E N G U M U M A N
Tarikh     : 7 Ogos 1996
Hari        : Sabtu
Masa       : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat   : Padang Sek. Keb. Tun Aminah
Anjuran  : Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sek. Keb. Tun Aminah.

Syarat-syarat Penyertaan :
1. Terbuka kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
2. Murid-murid hendaklah pelajar dari Sek. Keb. Tun Aminah sahaja.
3. Mesti mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa.

1. Bilakah tarikh dan waktu acara larian ini bermula ?

2. Siapakah penganjur larian ini ?

3. Siapakah yang boleh menyertai acara larian ini ?

4. Siapakah yang boleh memberi kebenaran bertulis kepada peserta ?

5. Mengapakah acara larian ini diadakan ?

         Pada suatu petang , Amir dan Alan berbasikal pulang dari sekolah. Mereka ada latihan badminton di dewan sekolah.
         Untuk menghilangkan penat, mereka berhenti sebentar di bawah pokok ketapang yang rendang berdekatan sebuah lombong. Lombong itu telah dijadikan tempat berehat bagi penduduk Taman Perdana.
         Amir ternampak sesuatu seperti sebatang kayu terapung di permukaan air di dalam lombong itu. Dia mengambil dua ketul batu lalu membaling ke arah kayu itu.
         Tiba-tiba batang kayu itu bergerak. Amir dan Alan ketakutan lalu lari bertempiaran.
 Apabila sampai di rumah, dalam ketakutan yang tercungap-cungap amir segera mendapatkan ayahnya. ayahnya bertanya apa yang berlaku kepada Amir dan Alan. Mereka berebut-rebut menceritakan apa yang dilihat oleh mereka di lombong itu.
         Ayah Amir ketawa mendengar cerita mereka itu . Dia pun menerangkan apa yang sebenarnya dilihat oleh Amir dan Alan tadi. Rupa-rupanya, yang disangka mereka seekor buaya itu adalah seekor biawak sahaja.

1. Apakah latihan yang disertai oleh Amir dan Alan di dewan sekolah ?

2. Di manakah mereka berhenti untuk menghilangkan penat ?

3. Apakah yang Amir nampak terapung di permukaan air di dalam lombong itu ?

4. Mengapakah Amir dan Alan lari bertempiaran ?

5. Apakah sebenarnya yang dilihat oleh Amir dan Alan di dalam lombong itu ?