NAMA :                                                                       TAHUN:

A Jawab soalan-soalan yang berikut berpandukan petikan di bawah.

         Ah Chong melihat emaknya terbaring di katil. Sudah tiga hari emaknya diserang deman panas. Ah Chong yang menjaga emaknya.
         Ah Chong akan menyuap ubat ke mulut emaknya tiga kali sehari. Kata doktor, sakit emaknya akan sembuh jika selalu makan ubat.
         Sejak emaknya sakit, Ah Chong tidak pergi ke sekolah. Tiada siapa yang dapat menjaga emaknya sebab Ah Chong anak tunggal. Ayahnya pula keluar bekerja sebagai pemandu bas.
         Namun Ah Chong tidak lupa membaca buku. Dia akan mengulang kaji pelajaran di sisi emaknya. Dia suka akan pelajaran sains. Ah Chong bercita-cita menjadi doktor. Dia mahu merawat orang sakit seperti emaknya.

1. Apakah yang terjadi kepada emak Ah Chong ?

2. Berapa kali emak Ah Chong makan ubat dalam sehari ?

3. Berapakah adik-beradik Ah Chong semuanya ?

4. Apakah yang Ah Chong selain daripada menjaga emaknya ?

5. Mengapakah Ah Chong mahu menjadi doktor ?

B. Bulatkan jawapan yang betul .

6. Hanya tiga ___________ ayat yang ditulis Mimi di dalam surat itu.
          A. buah             B.baris  C. tandan  D. biji

7. Apabila pergi memancing, ayah tidak lupa membawa beberapa  __________ mata kail.
          A. buah   B. biji  C. bentuk  D. batang

8. Ayah menyembelih ayam dengan _______ pisau yang tajam.
          A. sebilah B. sepucuk C. sebidang D. sebatang

9. Beberapa ______ pokok kelapa tumbang di tengah jalan.
          A. pucuk B.batang C. bilah  D. biji

10. Adik saya ketawa melihat beberapa_________ gambarnya dengan aksi lucu.
         A. buah  B. keping C. buah  D. butir

11. Cikgu Aris  menyuruh ketua darjah meminta se________ kapur dari pejabat sekolah.
         A. kotak  B. buah  C. butir  D. tompok

12. Berapakah harga dua ____________ mi rebus ?
         A. cawan B. urat  C. kepal  D. mangkuk

13. Aminah membeli tiga ________ sampul surat.
         A. buku  B. keping C. timbun D. cebis

14. Beberapa ____________ dakwat terkena pada baju kemejanya.
         A. ketul  B. buku  C. titik  D. helai

15. Razali memakai se ____________ cincin emas di jari manisnya.
         A. butir  B. buah  C. utas  D. bentuk

C. Padankan bahasa kiasan yang berikut supaya menjadi ayat lengkap.

16. Almari itu sangat berat seperti

17.  Warna baju Dahlia kebiru-biruan seperti

18. Harga makanan di situ amat mahal seperti

19. Kuah ini masin seperti

20. Keropok yang saya beli nipis seperti

21. Dia berjalan lambat seperti

22. Seronoknya kalau badan saya sentiasa wangi seperti


D. Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

   beri muka hati tikus besar hati  tawar hati kaki botol anak emas

23. Rani yang bergelar __________________________ itu memang tidak suka berjalan di tempat gelap.

24. Setelah gagal dalam peraduan itu, Suraini sudah berasa _______---________________ untuk mencuba lagi.

25. _____________________________ itu terbaring di tepi jalan kerana mabuk.

26. Rohaya ________________________________ Encik Razak kerana otaknya sangat pintar.

27. Ketua pengawas itu berasa ________________________ apabila dijemput naik ke pentas untuk berucap.

28. Cikgu Radzi tidak akan __________________________________ kepada pelajar yang melangar disiplin.

E. Padankan perkataan yang berikut dengan maksudnya.

29.    sukat

30.    padam

31.   aman

32.   hangus

33.   hulur

34.   larang

F. Bina ayat berlapis daripada ayat-ayat selapis di bawah.
35. Tolong tutup pintu itu.
      Tolong tutup tingkap itu.  (dan)

36. Kamu mahu naik kereta ?
      Kamu mahu naik kereta api ?   ( atau )

37. Adik saya bertubuh kurus.
      Adik saya kuat makan.   ( tetapi )

38. Budak-budak itu meniup belon.
      Belon itu pecah.   ( hingga )

39. Pemuzik itu memukul gendang.
      Gendang itu dipukul dengan kuat.    ( dengan )

40. Pakaian songket memang cantik.
      Pakaian songket mahal.  ( tetapi )

41. Pak Samad memukul ular itu.
      Ular itu mati. ( hingga )

42. Perempuan itu berlari.
      Perempuan itu menjerit-jerit.    (sambil )

G. Lengkapkan karangan di bawah dengan rangkai kata yang diberi.

  Di kampung Ujang, terdapat sebidang tanah yang tidak dipunyai sesiapa. Tanah itu (43) ____
   ____ ________ . Pada suatu hari, seorang (44)   ______________  ketika bermain di belukar tersebut. Budak itu didukung ke rumah oleh penduduk  untuk (45) __________________________________ .

 Satu (46) _______________________________________ . Penduduk kampung itu bersetuju untuk membersihkan belukar itu. Mereka pun (47) _____________________________________ . Masing-masing  membawa parang lalu menebas belukar itu. Akhirnya kawasan belukar menjadi terang benderang. Mereka mengambil (48)  ___________ _ _____________________________ . Tidak lama kemudian, kebun itu (49) _ _ _ _ _ ______________________________. Buah-buahan dan sayur-sayuran ( 50) ____________________________________ kampung.

   - keputusan untuk berkebun di atasnya.
  - budak dipatuk ular
  -mesyuarat telah diadakan
  -mengeluarkan hasil
  -dibahagi-bahagikan antara penduduk
  -diberi rawatan
  -ditumbuhi belukar tebal
  -mengadakan gotong -royong

 
 

Selamat Menjawab

Kata Nama Am # Kata Nama Khas # Kata Ganti Nama Diri # Kata Ganti Nama Tunjuk # Kata Kerja # Kata Adjektif # Kata Hubung # Kata Sendi # Imbuhan # Kata Ganda # Tanda Baca # Ayat Aktif # Ayat Pasif # Cakap Ajuk # Cakap Pindah # Membina Soalan # Perkataan Banyak Makna # Penjodoh Bilangan # Simpulan Bahasa # Menjawab Soalan Kefahaman # Melengkapkan Ayat # Sambung Cerita # Penulisan # Tata Bahasa # Usaha # Jaya #