NAMA :                                                                                   TAHUN :
 

Masukkan tanda baca (.) (,) dan bulatkan huruf besar di tempat yang sesuai dengan pensel warna.

        pak abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan dia menanam berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian rambutan duku langsat dan ciku di dusunnya dusun pak abu adalah seluas dua hektar pak abu dibantu oleh dua orang anak lelakinya untuk menjaga kebun tersebut
        tiap-tiap pagi  pak abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram pokok-pokok buahnya dia membubuh baja pada pokok-pokok itu sebulan sekali pak abu juga akan membungkus buah-buahan yang sedang masak dengan beg-beg plastik supaya tidak dimakan oleh burung dan tupai
        penduduk kampung suka membeli buah-buahan pak abu kerana ia murah dan lazat kadang-kadang orang-orang dari bandar juga berkunjung ke dusun pak abu untuk menikmati kelazatan buah-buahan

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

        Pak Abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan. Dia menanam berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, duku, langsat dan ciku di dusunnya.
        Dusun Pak Abu adalah seluas dua hektar. Pak Abu dibantu oleh dua orang anak lelakinya untuk menjaga kebun tersebut.
        Tiap-tiap pagi , Pak Abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram pokok-pokok buahnya. Dia membubuh baja pada pokok-pokok itu sebulan sekali. Pak Abu juga akan membungkus buah-buahan yang sedang masak dangan beg-beg plastik supaya tidak dimakan oleh burung dan tupai.
        Penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu kerana ia murah dan lazat. Kadang-kadang orang-orang dari bandar juga berkunjung ke dusun Pak Abu untuk menikmati kelazatan buah-buahan.

1.  Apakah buah yang ditanam oleh Pak Abu ?

2.  Siapakah yang membantu Pak Abu menjaga dusunnya ?

3.  Mengapakah Pak Abu membungkus buah-buahan yang sedang masak ?

4.  Mengapakah penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu ?

5.  Berapakah luas dusun Pak Abu ?
 

Baca petikan di bawah dan jawab soalan di bawah.

        Pada suatu hari iaitu hari Rabu, satu kemalangan yang dahsyat telah berlaku. Kemalangan itu berlaku di simpang tiga Jalan Hang Tuah. Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dengan sebuah bas sekolah. Pemandu kereta itu mendapat cedera parah di bahagian kepala.
        Manakala pemandu bas sekolah pula hanya cedera ringan. Pemandu kereta itu telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk di rawat.

A.  Bulatkan jawapan kamu.
 
1.  Bilakah kemalangan itu berlaku ?
        A . Malam hari
        B.  Hari Sabtu
        C.  Hari Rabu
        D.  Siang Hari

2.  Di manakah kemalangan itu berlaku ?
        A.  Simpang jalan
        B.  Jalan Hang Tuah
        C.  Di simpang tiga Jalan Hang Tuah
        D.  Di Kuala Lumpur

3.  Bagaimanakah keadaan pemandu kereta itu ?
        A.  Mendapat cedera parah di bahagian kepala
        B.  Mendapat cedera ringan sahaja.
        C.  Mendapat cedera di tangan kanan
        D.  Mendapat cedera parah
 
4.  Siapakah yang telah dihantar ke hospital ?
        A.  Pemandu lori
        B.  Pemandu kereta
        C.  Pemandu bas sekolah
        D.  Pemandu teksi

5.  Adakah pemandu bas kilang itu mendapat cedera parah ?
        A.  Tidak , pemandu bas sekolah itu tidak mendapat cedera parah
        B.  Ya , pemandu bas itu cedera parah
        C.  Ya , pemandu bas itu hanya pengsan
        D.  Ya, pemandu kereta itu cedera parah.

 C.  Bubuhkan imbuhan mem , di dan ber pada perkataan dalam kurungan.

11.  Datuk sedang  …………………….. surat khabar ( baca )
12.  Harimau liar itu telah ………………….. oleh askar. ( tembak )
13.  Kawasan sekolah saya ………………….. dan dihiasi bunga. ( pagar )
14.  Abang Kasim …………………. oleh ayah kerana tidur lewat. ( marah )
15.  Encik Farid ………………….. sebuah kereta Proton Wira. ( beli )

D.  Lengkapkan ayat berpandukan perkataan diberi.

Sekolah menaiki berbual-bual  membunyikan  menjaga

16.  Daud dan Liman sedang …………………… basikal.
17.  Sambil menunggang basikal mereka ………………..    .
18.  Setiap pagi mereka berbasikal pergi ke ……………….. .
19.  Mereka sentiasa ……………………. Kebersihan basikal mereka.
20.  Mereka …………………… loceng apabila ada sesuatu berlaku.

E.  Sambung ayat di bawah supaya menjadi lengkap.

a.  kerana dia seorang murid yang rajin.
b.  perlu dimasak sebelum dibuat minuman.
c.  hari sudah larut malam.
d.  perhentian bas untuk menunggu bas
e.  disembelih pada hari kenduri perkahwinan Pak Busu.

21.  Zahid merasa mengantuk kerana ………………………………………………………………………
22.  Air paip di rumah kita ………………………………………………………………………..
23.  Dia berjalan kaki ke ………………………………………………………………………
24.  Dua ekor lembu telah ……………………………………………………………………….
25.  Cikgu Yati selalu memuji Jasmin ……………………………………………………………
 
F.  Padankan erti perkataan di bawah.
26.  menolong telaga
27.  sedap perajurit
28.  perigi membantu
29.  askar enak
30.  kalau berdekatan
31.  berhampiran memakai
32.  mengguna jika

J.  Bina soalan daripada pernyataan berikut.
33.     ………………………………………………………………………………………
( Bilakah )
 Kecurian itu berlaku pada malam tadi.

34.   ………………………………………………………………………………………
( Mengapakah )
 Pak Dollah meninggal dunia kerana sakit jantung.

35.   ………………………………………………………………………………………
( Siapakah )
 Ini kucing Suzie.

H.  Pilih kata jodoh bilangan yang betul bagi perkataan-perkataan yang bergaris.

36.  payung
        a.  tangkai  b. kaki   c. sebuah  d. batang
37.  senapang
         a. pucuk  b. laras   c. batang  d. bentuk
38.  belon
         a. biji   b. buah  c. ulas   d. ketul
39. rantai
         a. tangkai  b. ulas   c. biji   d. utas
40.  surat
         a. buah   b. ulas   c. pucuk  d. bentuk
41. biskut
         a. helai   b. buah  c. keping  d. batang

I.  Bina ayat dengan menggunakan kata  atau , dan dengan bantuan ayat yang diberikan.
42.  Suzila Aminah sedang bermain.

43.  " Tolong belikan saya ikan sayur, " pesan kakak.
 
44. Adakah Yasmin suka bermain hoki ping pong ?
 
45. Awak hendak ke kedai ke sekolah ?
 
46. Ahmad Muthu suka makan nasi lemak.
 

J. Suaikan rangkai kata dengan gambar kemudian tulis di bawahnya.
 

6.  buku tulis
7.  kapal laut
8.  doktor bedah
9.  kapal terbang
10. harimau belang
lampu isyarat
 
J.  Tuliskan simpulan bahasa yang betul di dalam kotak.
 
mulut murai   khabar angin   bau-bau bacang  keras kepala   tangkai jering
 

46.  Berita yang belum tentu benar.
47.  Orang yang kedekut
48.  Tidak berhenti-henti bercakap
49.  Perangai budak yang degil
50.  Persaudaraan yang tidak rapat

SELAMAT MENJAWAB
 © Mie Kraf