PERANAN DAN CABARAN SEKOLAH

Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga dan keluarga. Di sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan kecemerlangan seseorang pelajar.

Menerusi pendidikan di sekolah, terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta kecemerlangan bagi setiap pelajar. Sekolah adalah tempat untuk kecemerlangan dan bukan untuk kegagalan. Tetapi, realiti yang wujud pada hari ini ialah masih banyak berlaku kegagalan, kelemahan dan pelanggaran disiplin di sekolah. Oleh kerana keadaan tersebut berlaku hampir di setiap sekolah, maka masyarakat menganggap kegagalan, kelemahan dan pelanggaran disiplin di setiap sekolah adalah perkara biasa dan seolah-olah ianya mesti ada.

WAWASAN SEKOLAH

1. Melengkapkan diri setiap murid agar dapat menguasai kemahiran asas 3M.


2. Menerapkan nilai-nilai Islam ke arah pembentukan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan kasihkan sekolah, keluarga, masyarakat dan alam semesta.


3. Mempertingkatkan kecemerlangan akademik di semua peringkat. Keutamaan diberi kepada peningkatan prestasi UPSR di samping melahirkan murid-murid yang berbakat dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum.


4. Memupuk budaya kerja dan hubungan erat serta kesejahteraan di kalangan guru, staf sokongan dan murid-murid.


5. Memupuk kesedaran ibu bapa tentang pentingnya pendidikan dan kesejahteraan masa depan anak-anak mereka.

MISI SEKOLAH

Meningkatkan penguasaan murid-murid
dalam 3M dan pencapaian akademik
UPSR serta keberkesanan pelaksanaan
semua aktiviti pendidikan untuk
melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia, penyayang
dan bertanggungjawab
kepada diri, agama,
bangsa dan
negara.

BAGAIMANAKAH LANGKAH UNTUK MENJADIKAN

SEKOLAH SEBAGAI :