UJIAN PERCUBAAN UPSR 1998
BAHASA MELAYU PENULISAN (012)
Masa :  1 jam

Kamu dikehendaki menjawab Soalan 1 dan Soalan 2.
Bagi soalan 1, kamu boleh membuat pilihan sama ada menjawab Soalan 1(a) atau Soalan 1(b).

Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. a) Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu bercadang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke sebuah maktab perguruan . Selaku setiausaha , kamu ditugaskan untuk menulis surat kepada pihak maktab perguruan tersebut. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan butir-butir lawatan seperti tarikh, bilangan ahli, dan tujuan . Surat itu hendaklah ditujukan kepada Tuan Pengetua maktab berkenaan.
Atau
b)    Baru-baru ini Kelab Kembara sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah negeri yang bersejarah. Sebagai setiausaha kelab, kamu dikehendaki menyediakan laporan tentang lawatan tersebut. Tuliskan laporan itu dengan lengkap.

2. Semasa musim cuti persekolahan yang lalu, kamu dan keluarga telah melancong ke sebuah kawasan
pelancongan yang terkenal di negara kita. Gambarkan keindahan kawasan pelancongan tersebut.
 
 

UJIAN PERCUBAAN UPSR 1998
BAHASA MELAYU PENULISAN (012)
Masa :  1 jam

Kamu dikehendaki menjawab soalan 1 dan soalan 2.
Bagi soalan 1, kamu boleh membuat pilihan sama ada menjawab Soalan 1(a) atau Soalan 1(b).

Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. (a) Masa lapang perlu diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Tuliskan cara-cara mengisi masa
         lapang dengan sebaik-baiknya.
        Atau
    (b) Lengkapkan cerita di bawah dan berikan tajuk yang sesuai.

Petang itu aku dan rakan karibku pulang dari latihan sukan dengan mengayuh basikal. Ketika melintasi kawasan semak yang agak sunyi, tiba-tiba kami terdengar suara orang menjerit.
Kami pun …………..
( mulakan cerita kamu dengan ‘ Kami pun ……....’ )

2. Kamu baru menerima sepucuk surat daripada sepupu kamu di kampung. Antara kandungan surat itu
menyatakan rasa rindu saudara-mara di kampung kepada kamu sekeluarga. Mereka berharap kamu sekeluarga dapat pulang ke kampung, lebih-lebih lagi sekarang musim buah-buahan. Balaslah surat tersebut dengan menyatakan sama ada kamu akan pulang ke kampung atau tidak.