Make your own free website on Tripod.com

FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

TERAS PERKHIDMATAN

BERAZAM MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN

BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI

BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAH DAN KEMESRAAN

BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA

BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA.