KATA ALUAN
GURU BESAR SK. DARAU

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat kita meraikan Sambutan Perayaan Jubli Emas, Hari Ucapan , Penyampaian Hadiah & Sijil serta Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Darau kali ke-16, 1998 secara hampir serentak dengan jayanya, insya-Allah.
Sekolah Kebangsaan Darau telah diasaskan pada tahun 1948. Ini bermakna tahun ini telah genaplah usianya 50 tahun. Banyak  pembaharuan sama ada daripada segi fizikal mahupun akademik telah berlaku sepanjang setengah abad ini. Bermula dari sebuah bangunan kayu yang beratapkan nipah hinggalah kepada enam buah bangunan yang diperbuat daripada konkrit. Malahan, ia dilengkapi pula dengan bilik-bilik darjah yang selesa, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Perpustakaan, Bilik Rawatan, Bilik Guru serta surau untuk aktiviti keagamaan. Ia ditambah pula dengan sebuah Bilik Komputer yang diubahsuai bagi kemudahan pelajar KBSR Tahun 6 mempelajari aplikasi komputer selaras dengan kemajuan Teknologi Maklumat (IT) yang terkini. Adalah menjadi harapan kepada guru-guru, kakitangan serta AJK PIBG sekolah ini untuk menjadikan `SEKOLAH ITU MULIA' sejajar dengan matlamat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada  semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Sekian , terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

T.T
………………………………..
(Haji Nawi Bin Jaafar)