KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
Salam hormat dan selamat bertugas kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Darau sesi 2001.
Tidak lupa juga kepada pengunjung laman ini.

Dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita, objektif dan matlamat hendaklah jelas, tepat dan rasional, mengenal pasti pelanggan kita iaitu murid dan ibu bapa serta komuniti setempat. Misi sekolah mestilah menjurus ke arah memenuhi hasrat murid, ibu bapa dan masyarakat yang menghala tuju ke arah menjayakan wawasan pendidikan.
        Pelaksanaan tugas dan kualiti hasilnya perlulah memenuhi ciri-ciri kualiti yang terbaik. Berusaha tanpa jemu merupakan kunci dalam mempertingkatkan kualiti dalam pendidikan dan bangun serentak menaikkan imej dan martabat profesion pendidikan.
        Laman ini diharap dapat menjurus ke arah  "empowerment" dalam pendidikan. Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasa kekeluargaan yang kuat sesama kita. Daya kreativiti perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan di dalam tindakan dengan cara yang berkesan.
        Aspek pengurusan yang dilaksanakan di sekolah merangkumi Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Kurikulum, Ko-Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Perancangan Pembangunan. Oleh itu, kayu pengukur pencapaian dan kejayaan hendaklah jelas di mana TOV, OTI dan ATR sebagai panduan.
        Saya percaya, jika kita jadikan tugas kita sebagai ibadah kepada Allah SWT dan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai.

 BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

"SEKOLAH GEMILANG MURID CEMERLANG"

ISMAIL BIN YUNUS
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau, 22000 Jerteh, Terengganu.