KBSR SECARA MENYELURUH

Latar Belakang:

            1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

            1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

            1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

                        1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi berbunyi                

              “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

            1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu                                          Sekolah Rendah.

            1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

           

Tujuan Pendidikan Sekolah Rendah

1.          Menguasai kemahiran asas.

2.          Menguasai kemahiran berfikir.

3.          Memperoleh ilmu pengetahuan.

4.          Menghayati dan mengamalkan nilai murni.  

5.          Membentuk sahsiah yang positif.

6.          Membina kemahiran sosial.

7.          Memeupuk semangat kewarganegaraan.

8.          Menanam rasa cinta akan alam sekitar.

9.          Memeupuk serta meningkatkan kreativiti dan bakat.

10.      Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan diri.

11.      Menyedari tentang kepentingan sains dan teknologi.

Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk membolehkan murid:

1.          Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan.

2.          Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca dan menulis.

3.          Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakan-nya dalam menyelesaikan masalah harian.

4.          Menguasai kemahiran belajar.

5.          Bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

6.          Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menambahkannya.

7.          Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.

8.          Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri.

9.          Mempunyai semangat patriotisme.

10.      Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.

11.      Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti.

12.      Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.

13.      Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebuadayaan nasional.

14.      Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.

15.      Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikapyang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti.

16.      Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran bagi murid Islam.

Prinsip-Prinsip KBSR

1.          Perkembangan menyeluruh.

2.          Penguasaan kemahiran asas.

3.          Pemupukan nilai-nilai murni.

4.          Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

5.          Prinsip mudah ubah.

6.          Pendidikan umum untuk semua murid.

7.          Pendidikan seumur hidup.

8.          Bahasa merentas kurikulum.

9.          Penilaian berterusan.

            Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.

Konsep Bersepadu

            Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.

Penekanan Dan Tumpuan KBSR

a.          Kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis).

b.          Kemahiran berfikir.

c.          Nilai merentas kurikulum.

d.          Bahasa merentas kurikulum.

e.          Patriotisme merentas kurikulum.

f.           Strategi P & P yang berpusatkan murid.

g.          Penilaian berterusan.

h.          Pemulihan dan pengayaan.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

·                     Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

·                     Menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik adrjah.

·                     Mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar.

·                     Menggunakan pelbagai media alam semula jadi, bahan maujud, media cetak dan media elektronik.

·                     Menilai proses P&P seharian supaya tindak susul dapat dijalankan.

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran

i.                     Permainan simulasi.

ii.                   Lakonan.

iii.                  Permainan.

iv.                 Demonstrasi / tunjuk cara.

v.                   Lawatan.

vi.                 Bercerita.

vii.                Projek.

viii.              Tutorial.

ix.                 Sesi Buzz (Membuat keputusan daripada perbincangan ringkas).

x.                   Percambahan fikiran.

Penilaian

            Penilaian formatif ialah penilaian sepanjang masa.

            Penilaian sumatif dijalankan di akhir sesuatu tempoh pembelajaran.

Tindakan Susulan

a.                   Pengayaan.

b.                   Pemulihan.

c.                   Pengukuhan.

            Bagi mempertingkatkan pencapaian murid, guru sepatutnya:

·                     Menyesuaikan objektif P&P mengikut kebolehan murid.

·                     Mempelbagaikan teknik yang lebih berkesan.

·                     Menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan.

·                     Menggunakan bahasa yang sesuai.

·                     Memberi perhatian yang rapi secara individu atau kumpulan.

·                     Memberi peluang yang cukup kepada setiap murid.