Make your own free website on Tripod.com

Perbahasan

soalan 41
Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan perbahasan. Anda sebagai pencadang . Tajuk perbahasan ialah Kesihatan Lebih Penting daripada Kekayaan.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif para hakim, pihak pembangkang yang saya hormati serta hadirin sekalian. Saya sebagai pencadang pertama menyokong tajuk perbahasan pada kali ini.

a. untuk pembangunan negara - rakyat sihat dapat bekerja - kerajaan membina hospital, pusat kesihatan - menelan belanja berjuta-juta ringgit.
b. otak cergas ada pada badan yang sihat - pelajar mudah menerima pelajaran yang diajar.
c. duit banyak - tidak bahagia - kesihatan terganggu - kesihatan penting untuk kebahagiaan.

penegasan kepada tajuk
akhiri dengan serangkap pantun
Daun mengkudu daun cendana
Enak lagi daun pegaga
Wang ringgit tidak berguna
Andai kesihatan tidak terjaga

sekian , terima kasih

soalan 42
Anda menyertai satu pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan yang diberikan ialah Bekerja Petani lebih baik daripada bekerja makan gaji. anda sebagai pencadang.

Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif Panel Hakim, para pembangkang dan hadirin sekalian. Saya pencadang kedua menyokong tajuk yang dibahaskan pada kali ini.

a. bertani - menambahkan usaha - pendapatan akan bertambah - makan gaji - pendapatan tetap sama setiap bulan.
b. bertani - tidak perlu mengikut arahan sesiapa untuk melakukan kerja - petani akan berusaha bersungguh-sungguh - makan gaji - kerja dengan orang lain - mesti mengikut arahan ketua atau majukan - pekerja akan terikat  dengan peraturan dan etika kerja.
c. apabila berlaku perang atau kemelesetan ekonomi - petani masih mempunyai makanan - makan gaji tidak ada makanan.

penegasan kepada tajuk
sekian, terima kasih.

Soalan 43
Anda menyertai pertandingan perbahasan di sekolah anda. Anda sebagai pencadang. Tajuk perbahasan ialah " Sains lebih banyak memberikan keburukan daripada kebaikan.

Ucapan protokol termasuk hakim dan pihak pembangkang.

a.  kemajuan sains - tercipta kenderaan yang laju- berlaku kemalangan - terbunuh dalam sekelip mata.
b.  penciptaan jentera moden dalam bidang perindustrian dan pertanian - tugas manusia diambil alih oleh robot -wujud pengangguran
c.  manusia mencipta senjata merbahaya - bom nuklear
 -bom atom gas sarin - manusia yang tidak berdosa menerima akibatnya

penutup
penegasan terhadap tajuk
 

soalan 44
Satu pertandingan perbahasan telah diadakan di sekolah kamu. Tajuk perbahasa ialah "Berniaga lebih baik daripada bertani". Anda diletakan di sebagai pencadang dua.

Ucapan kata aluan penegasan tajuk

a.  berniaga - untung yang berlipat kali ganda
 - modal kecil - berniaga secara kecil-kecilan dapat untung - besarkan perniagaan.
b.  petani bekerja keras - hasil tidak seberapa.
c.  Selain itu pertanian bergantung kepada keadaan cuaca -banjir -tanaman musnah - berniaga tidak untung - bergantung pada cuaca.
d.  untuk menguruskan perniagaan - jumpa orang ramai.
e.  membaca - menjadikan seseorang itu pintar - peka kepada sekeliling.

Penegasan pada tajuk
Sekian terima kasih

soalan 45
Andaikan bahawa anda pencadang kedua dalam satu pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan itu " Membaca buku dan ahkbar lebih baik daripada menonton televisyen" Panjang karangan mestilah tidak kurang 80 patah perkataan.

Pendahuluan
kata-kata aluan kepada pengerusi majlis , panel hakim , penjaga masa dan para hadirin.
- menyokong tajuk perbahasan

a. buku dan akhbar penuh dengan ilmu pengetahuan - dapat menimba ilmu pengetahuan - tahu tentang negara kita dan negara lain
b. akhbar - bahan bacaan termurah - mudah didapati - terdapat berita - berita tentang perkembangan negara - dapat mengetahui segala yang berlaku di sekeliling kita.
c. buku adalah sumber yang baik - penerangan yang terperinci -bahan rujukan.

masa tidak mengizinkan - menegaskan bahawa membaca buku dan akhbar adalah lebih baik daripada menonton televisyen.

soalan 47
Anda pencadang dalam satu perbahasan bertajuk " Tinggal di Kampung Lebih Baik daripada Tinggal Di Bandar" . Sediakan hujah anda dalam bentuk karangan panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Kata-kata aluan kepada semua hadir -menyokong tajuk perbahasan

a. bebas daripada pencemaran - udara dan bunyi - udara segar dan bersih - tidak banyak kenderaan yang lalu lalang - keselamatan - fikiran sentiasa tenang.
b. masyarakat kampung mengamalkan nilai-nilai murni - amalan bergotong-royong, bantu membantu dan sebagainya.
c. dapat menjimatkan belanja - mempunyai rumah sendiri - sewa rumah murah - dapat bercucuk tanam - kurang hiburan

tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar - meninggalkan kesan yang baik kepada kesihatan, pemikiran dan tingkah laku

soalan 48
Andaikan anda sebagai pencadang dalam pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan itu ialah "Buah-buahan tempatan Lebih Baik Daripada Buah-buahan Luar Negeri.

kata-kata aluan kepada Pengerusi Majlis, panel hakim para pembangkang, para hadirin - menyokong tajuk

a. kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan - mempunyai citarasa yang tersendiri - khasiatnya setanding dengan buah-buahan dari luar negeri.
b. harganya lebih murah - mudah didapati - buah-buahan dari luar negara terpaksa diimport- kurang segar kerana memakan masa yang lama untuk sampai
c. kita dapat membantu ekonomi petani -malah ekonomi negara - pengaliran wang kurang

masa tidak mengizinkan- menegaskan tajuk bahawa buah-buahan tempatan lebih baik daripada buah-buahan luar negara.
 

"Tugas seorang ibu lebih berat daripada tugas seorang guru". Anda seorang pembangkang, bahaskan pendapat itu.

Anda adalah pencadang dalam pertandingan perbahasan peringkat sekolah. Tajuk perbahasan ialah ‘ wanita lebih baik bekerja daripada tinggal di rumah’