Make your own free website on Tripod.com

Karangan melengkapkan cerita

Tulis karangan yang diakhiri dengan "Sejak hari itu aku tidak nakal lagi. Hukuman yang aku terima menjadikan aku insaf."

Sikapku yang agak degil

n nasihat ibu bapa , guru tidak aku turuti
n selalu ponteng sekolah
n berenang di kawasan lombong
n merayap di kompleks membeli belah
n lemas di sungai
n diselamatkan oleh pemuda Cina
n ayah merotan aku

insaf
 

"Di sebuah pondok buruk yang usang di kampung itu tinggallah …………"

tinggal seorang nenek tua
orang memanggilnya Nenek Siah

a)  nenek Siah hidup sebatang kara
b)  hidupnya bergantung kepada belas ihsan orang kampung
c)  rumah terbakar pada suatu malam yang sunyi
d)  nenek Siah turut terkorban

jenazahnya disemadikan di kampung itu
Peristiwa yang amat menyayat hati orang kampung.
 

"……..Barulah aku tahu cerita yang sebenarnya. Aku pun meminta maaf kepada rakanku itu."

Tayar basikal bocor
aku tidak dapat balik ke rumah

a)  jam sudah pukul 1.00 petang- aku mendapati tayar basikalku bocor
b)  kawanku menceritakan yang Ali telah mengempiskan tayar basikalku - terpaksa balik berjalan kaki
c)  ayahku mengambil basikal dan menghantar ke kedai basikal
d)  rupa-rupanya terkena paku

segera meminta maaf kepada Ali

112
Jalan yang ku lalui sunyi sahaja. Tidak ramai yang lalu lalang. Tiba-tiba aku terpandang ……….
( Mulakan karangan anda " Tiba-tiba aku terpandang ……..)
113
Di satu hujung minggu Zahari dan keluarganya pergi menziarahi neneknya di kampung. Kebetulan pada masa itu musim buah-buahan. Nenek sangat gembira dapat berjumpa dengan cucu kesayangan. Selepas makan tengah hari Zahari ……….

114
Hujan mulai turun rintik-rintik. Jam sudah menunjukkan jam 11.00 malam. Ibu bapa saya
masih belum pulang kerana melawat seorang jiran yang sakit. Saya bangun untuk menutup televisyen yang terpasang sejak tadi. Tiba-tiba……..

115
Cuaca bertambah gelap. Namun ku teruskan juga perjalanan. Aku ingin segera sampai ke rumah. Tiba-tiba aku terdengar……..

116
Nasir dan Ramli pulang dari sekolah. Mereka menunggu bas di perhentian bas untuk pulang ke rumah. Bersama mereka ada seorang wanita muda yang menggalas beg tangan di bahunya. Tiba-tiba datang seorang pemuda ………………

117
Waktu pulang dari sekolah aku seperti biasa mengayuh basikal kesayanganku dengan tenang dan berhati-hati. Di pertengahan jalan tiba-tiba tayar basikalku meletup. Aku …….

118
Bas masih bergerak. Perjalanan baru sejam berlalu. Di luar hujan lebat membasahi cermin dan tingkap bas. Tiba-tiba pemandu bas membrek dengan kuat. Penumpang-penumpang …………

Hari sudah lewat petang. Arif masih tidak kelihatan . Aku mula berasa bimbang. Aku terus ……….

Sesampai di simpang jalan kami pun berhenti rehat. Tiba-tiba kami terdengar bunyi letupan yang amat kuat dari bukit di hadapan kami. Kami segera …………

Lengkapkan cerita yang berikut sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik . Mulakan cerita anda dengan ; Pada suatu malam ……..

Setiap petang kerjaku ialah memasukkan ayam-ayam peliharaanku ke dalam raban. Entah bagaimana seekor ayam jantan lari menyusup ke dalam belukar di belakang rumahku. Sedang aku mengintai-intai di celah-celah semak itu, tiba-tiba………

Akhiri cerita anda dengan ayat-ayat berikut.
……………………….. aku tersenyum gembira. Segala doaku sudah terkabul. Tidak sia-sialah usahaku selama ini. Aku bersyukur kepada Tuhan.

Buatkan cerita yang berakhir dengan petikan ini :
................ Semua orang menuju ke arah saya untuk mengucapkan tahniah. Alangkah bangganya saya !

………Bila kubuka mata, aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan berwajah ngeri itu telah pergi.
 
Petang itu hujan turun sangat lebat. Aku sendirian di rumah. Emak dan ayahku pulang ke kampung kerana saudara kami akan mengadakan kenduri kahwin. Tiba-tiba aku terdengar ………

Pada hari minggu yang lalu , aku mengikuti rombongan sekolah melawat sambil belajar ke Kuala Lumpur . Dalam perjalanan , kami singgah di sebuah bandar. Kami meninjau-ninjau kawasan sekitar. Tiba-tiba …….…..

Cuaca hari ini sungguh panas. Badanku mula berpeluh. Aku meneruskan juga perjalanan. Setibanya di satu simpang, aku ternampak asap berkepul-kepul. Aku segera ……………..

………..Akhirnya aku selamat sampai di sekolah. Aku mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu.