karangan ucapan

Soalan 37
Sekolah anda telah menerima kunjungan lawatan daripada Sekolah Kebangsaan Keladi Darau . Anda sebagai ketua murid diminta memberikan ucapan mengalukan kedatangan rombongan

Pendahuluan;
ucapan protokol
ucap terima kasih dan selamat datang

a)  Ucap terima kasih di atas penghormatan memberi ucapan.
b)  Terima kasih kerana sudi melawat
c)  menjelaskan latar belakang sekolah - sejarah , kedudukan dan pencapaiannya dalam kurikulum dan kokurikulum / Johan 3K
d)  murid digalakkan membuat lawatan - tambah pengalaman / menambah kenalan.
e)  Berbagai aturcara disediakan - suai kenal  - lawatan sekitar sekolah dan acara sukaneka.
f)  semoga semua pelajar dapat memberi kerjasama.
g)  jemput menikmati juadah yang dihidangkan

gembira menerima tetamu
semoga dapat belajar sesuatu daripada lawatan yang singkat

sekian, terima kasih

Soalan 38:
Anda diminta untuk memberi ucapan sempena Hari Guru peringkat sekolah kamu .Bina teks ucapan kamu.

Pendahuluan;
Ucapan protokol

Isi
a) Ucap terima kasih kerana diberi penghormatan untuk memberi ucapan .
b) 16 hari bersejarah - Hari Guru- disambut di seluruh negara
c ) Guru pembentuk generasi akan datang-banyak berjasa -mendidik kita - membentuk akhlak .
d) Dari -tidak tahu menulis - membaca dan mengira kepada tahu dan mahir. kita mesti hormati guru,-mendengar - nasihat guru, dan sentiasa rajin belajar.
e)  kami berjanji - patuhi arahan - belajar bersungguh.

Penutup :
Ucap Selamat Hari Guru dan ucapan  doa sejahtera untuk guru.
Sekian, terima kasih.

Soalan 39
Andaikan salah seorang guru anda akan bersara.
Anda sebagai ketua kelas dikehendaki memberi ucapan dalam majlis perpisahan yang diadakan.

isi
Ucapan alu-aluan kepada pengerusi  Majlis, Guru Besar guru-guru, dan rakan-rakan
a ) Ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap.
b) guru yang kita sayangi akan meninggalkan kita- Cikgu Ahmad Said.
c) mengajar di sekolah ini lebih daripada 10 tahun menjalankan tugas dengan tekun dan sabar- tidak
jemu  memberi nasihat - nasihat itu akan dijadikan panduan.

Soalan 40
Andaikan bahawa anda ketua murid. Anda dikehendaki berucap di Majlis Perpisahan Murid-murid Tahun Enam. Guru Besar dan guru-guru hadir dalam majlis itu.

Ucapan protokol

isi
a.  selama enam tahun bersekolah - banyak ilmu didapati - dulu buta huruf - kini sudah pandai membaca , menulis, dan mengira.
b.  segala jasa guru akan dikenang - mengucapkan terima kasih atas pengorbanan guru - memohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan.
c.  tidak akan bersikap seperti kacang lupakan kulit - berjanji akan menurut segala nasihat guru - berdisiplin dan berusaha meningkatkan taraf pencapaian akademik.

Mengakhiri dengan serangkap pantun

soalan 40
Pasukan sekolah kamu telah berjaya menjadi johan di dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah. Sebagai ketua pasukan anda telah diminta berucap di perhimpunan sekolah.

Ucapan protokol
a)  ucap terima kasih kerana diberi peluang berucap
b)  terharu menerima pujian di atas kemenangan
c)  berjaya berkat latihan gigih guru-guru dan kerjasama rakan-rakan sepasukan.
d)  kemenangan adalah untuk sekolah - mengharumkan nama sekolah.
e)  berharap kejuaraan akan dapat dikekalkan.

Ucap terima kasih.

Pasukan bola sepak sekolah kamu telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri bagi sekolah-sekolah rendah. Kamu sebagai Ketua Pasukan bola sepak dikehendaki berucap dalam satu majlis khas meraikan kejayaan tersebut. Sediakan ucapan kamu dengan selengkapnya.

Kata-kata aluan kepada tetamu

a)  kejayaan kali pertama pasukan sekolah
b)  kejayaan ini kejayaan bersama
n terutama kepada guru-guru yang memberi latihan dan bimbingan
n kepada rakan-rakan yang memberi sokongan moral dan tenaga
c)  menaikkan nama baik sekolah
d)  harapan akan terus berjaya pada masa-masa hadapan

berikrar akan terus kekalkan prestasi
terus meraih kejayaan pada peringkat negeri pula.

Sebagai Ketua Murid , kamu diminta berucap sempena majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan baru-baru ini. Sediakan ucapan kamu itu selengkapnya.

Kata-kata aluan
n ditujukan khas kepada guru-guru sekolah

a)  tarikh 16 Mei menjadi ingatan kepada semua pendidik
b)  terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik
n menyanjung jasa guru
c)  tanpa guru , murid akan menjadi buta huruf dan buta ilmu
d)  jasa guru patut dikenang sampai bila-bila

sentiasa memberi kerjasama kepada guru
Peribahasa membakar lilin menerangi yang lain

Guru Besar sekolah kamu akan bertukar ke sekolah lain. Sebagai wakil murid, kamu dikehendaki menyampaikan satu ucapan perpisahan.
Tulis ucapan tersebut.

Andaikan bahawa anda ketua murid. Anda dikehendaki menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru yang diadakan di sekolah anda. Tajuk ucapan anda ialah "Menghormati Guru" . Panjang karangan anda ialah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Anda telah terpilih sebagai pelakon terbaik sempena pertandingan drama antara sekolah rendah peringkat negeri. Anda telah diraikan dalam satu majlis dan anda juga dikehendaki menyampaikan ucapan di majlis tersebut. Sediakan ucapan itu.

Anda akan menyambut hari jadi anda yang kedua belas. Sediakan ucapan untuk kawan-kawan yang datang ke majlis itu.

Anda adalah ketua kelas. Dalam satu majlis meraikan guru kelas yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, anda diminta menyampaikan ucapan. Sediakan ucapan tersebut.

Kamu ialah wakil daripada Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu. Persatuan kamu telah membuat lawatan ke Pusat Institut Haiwan di tempat kamu. Kamu dikehendaki memberikan ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan Institut yang menerima kunjungan kamu dan rombongan.

Guru disiplin sekolah kamu akan bertukar ke sekolah lain. Kamu selaku wakil pelajar telah diminta memberikan ucapan dalam satu majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan beliau.