1. Sayang dan kasih
kepada sekolah serta semua anggota yang ada di dalamnya.
2. Kerja dengan
sempurna, bersungguh-sungguh, jujur dan ikhlas tanpa melakukan sebarang kesilapan.
3. Dahulukan setiap
perbuatan dengan niat kerana Allah. Tenaga yang disumbangkan, kerana Allah.
Wang ringgit yang dihabiskan, kerana Allah. Ilmu yang dititiskan kepada pelajar
juga kerana Allah.
4. Adab merupakan
elimen utama dalam kerja buat kita seharian. Utamakanlah adab sopan dalam semua
urusan. Bersedia menerima teguran.
5. Rajin dalam setiap kerja buat sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Rasa bertanggungjawab terhadap semua tugas yang diamanahkan tanpa disuruh atau
mendapat pujian. Nekad dengan amalan kerja mati-matian. Eratkan hubungan kekeluargaan
antara kita sebagai satu keluarga SKD.
6. Allah sentiasa
melihat apa jua yang kita lakukan. Setiap kerja kita bukan untuk diperlihatkan
kepada orang. Walaupun orang tidak lihat, Allah tetap melihat setiap tindakan
kita.
7. Usah melakukan
sebarang kesilapan, pembaziran, malapetaka, perselisihan, bercakap kosong dan
semua perkara yang boleh merugikan sekolah. Kalau kita berusaha pasti kita akan
berjaya. Hasil kerja akan mencerminkan sejauh mana usaha kita sebelumnya. Ikhtiar
dahulu sebelum berserah kepada Allah. Buat dengan cepat dan tepat. Menghayati
kerja sebagai satu ibadah serta mengamalkan konsep keterbukaan.
PIAGAM SEKOLAH
Berusaha memberi pendidikan berkualiti kepada semua
murid dengan adil dan saksama.
Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan, bahan
sokongan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi serta persekitaran yang
menarik.
Bertanggungjawab menjaga hal keselamatan, kebajikan,
kesihatan, kebersihan, disiplin murid, kaunseling dan kerjaya di sekolah.
Mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti sukan,
permainan, badan beruniform, persatuan dan kelab untuk semua murid.
Mengadakan kelas tambahan dan intensif untuk murid
bagi menghadapi UPSR, pemulihan PAFA dan program Maju Diri.
Melahirkan murid yang menguasai 3M, beriman dan
berakhlak mulia.
Mengadakan hubungan baik dengan ibu bapa/penjaga
murid, mempertingkatkan permuafakatan dengan penglibatan masyarakat dalam
mencapai matlamat pendidikan.
Memberi layanan mesra dan segera kepada semua yang
berurusan dengan Sekolah Kebangsaan Darau.
MATLAMAT
Sebagai
program sokongan kepada kurikulum ke arah kecemerlangan pendidikan yang seimbang.
Memberi
peluang kepada semua murid mengambil bahagian di dalam sukan, permainan, persatuan,
kelab dan pasukan beruniform.
Menyediakan
segala kemudahan yang secukupnya kepada semua aktiviti ko-kurikulum.
Memberi
galakan dan dorongan supaya murid dapat mengembangkan minat dan bakat mereka
dengan berkesan.
Memberi
peluang kepada semua murid supaya mereka dapat memajukan diri dalam lapangan
yang diceburinya ke arah kecemerlangan dan kerjaya.
Memperkembangkan
bakat dan minat ke arah pembentukan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan
berketerampilan.