sudah berpindah ke http://tatabahasabm.tripod.com

JENIS - JENIS PERKATAAN

Dalam Bahasa Malaysia jenis perkataan terbahagi kepada lima bahagian yang besar :
1.  Nama
2.  Perbuatan
3.  Sifat
4.  Sendi
5.  Seruan

Jenis - Jenis Perkataan

Perkataan

Nama Perbuatan Sifat Sendi Seruan

NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan

Jenis - Jenis Nama

Nama

Nama Betul Gantinama Nama Terbitan

Nama Betul
Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernaya seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

a)  benda ; misalnya : rumah. Motorkar, pen, buku, dll
b)  orang; misalnya : polis, guru, doktor, askar dll
c)  binatang; misalnya : anjing, kuda, burung, ikan dll
d)  tempat; misalnya : kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat

Nama Khas
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)  benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)  orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)  binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)  tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas
Benda bangunankeretabukusekolah Bangunan Tabung HajiProton SagaBahasa MelayuS.K. Darau
Orang doktorkeranigurubudak lelaki Doktor EfendiPuan Zainun Cikgu AzmiMuhamad Fauzi
Binatang kucinglembukatakayamburung Si TompokLembu SapiKatak PuruAyam BelandaBurung Murai
Tempat negeribandarkampungtasek TerengganuJertehKampung Pasir AkarTasek Perdana
Tumbuhan pisangcilijambulimau Pisang EmasCili PadiJambu BatuLimau Kasturi

Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
 di awal kata ( awalan )
 di akhir kata ( akhiran )
 di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :

di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata per- … -an, penge-…-an, peng-….-an, pen-…-an, pem-….-an, pe-….-an, dan ke-…-an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

kelas kata kata dasr kata terbitan
kata kerja peragalatih bawalawan peragawati latihanpembawaanperlawanan
kata sendi olehuntuk perolehanperuntukan
kata nama lombongrumahguru perlonbonganperumahanperguruan
kata adjektif cantikbesartinggi kecantikanpembesarketinggian
 

Nama Betul
Nama Am Nama Khas
 

Ganti Nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Ganti nama Pertanyaan, Ganti nama Petunjuk dan Gantinama Sendi.

Gantinama Diri

Gantinama Diri Bil. Tunggal Bil Banyak
Bentuk contoh kata nama diri pertama
tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang

 Gantinama Umum
Perkataan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, dan hal dengan secara am sahaja.

Kata ganti nama Diri Kedua

Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian

Contoh ayat yang menggunkan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

Kata Ganti diri ketiga

kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, banginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oelh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.

Ringkasan

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama ( Orang yang bercakap ) akusayapatikhamba kamikita
Diri Kedua( Orang yang dilawan bercakap ) awakkamuengkauencikciksaudarasaudarituanpuanandatuanku awak semuakamu semuasaudara sekaliansaudari sekalianencik-encikcik-ciktuan-tuanpuan-puananda semuakalian
Diri Ketiga( Orang yang diceritakan halnya) diaianyabeliaubaginda mereka

Kata Ganti Tanya

1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah "kah" dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakahkenapakahmengapakah berapakah

Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?

Kata Ganti Umum / Tak Tentu

Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.

Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh
apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.2. Siapa-siapa saja boelh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Kata Ganti Nama Penunjuk

Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.

Benda, orang, Binatang ini, itu
Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)  sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh.)situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian

contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.

Kata Hubung

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata, ayat dengan ayat.
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
dan hingga lalu ketika
dengan yang tetapi jika
kerana serta kalau kemudian
demikian walhal walau agar
atau demi supaya

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa sementara seharusnya andaikata
semoga seketika sebaliknya sedangkan
setelah sesungguhnya walaupun itupun
sewaktu seandainya meskipun sekali[un
mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun
padahal

contoh ayat

1. menggabungkan dua ayat
 Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
 Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
 Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
 
KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )
Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu  melanggar seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
 
 

Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan  ke sekolah

Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Kata Keterangan

1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.

Contoh
cara / gaya begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,  1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktu akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam 1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Nafi bukan, tidak, kecuali 1. Orang itu tidak tinggal di sini.2. Anak kecil ini bukan anaknya.
Tanya mengapa, bagaimana, bila 1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragam mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu 1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.
Darjah / kata penguat amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau  1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.
Aspek belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali 1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.
 

Kata Adjektif ( Kata Sifat )

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit.

A. Jenis-jenis kata Adjektif

1. Adjektif Jati
 Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
 Contoh
 Buku itu berwarna biru.
 Budak kurus itu kawan saya.

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
 Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
 Contoh
 Ayah memiliki dua buah kereta.
 Saya membeli beberapa kuntum bunga.

3. Adjektif Tunjuk
 Ia menunjukkan "bagaimana" / "yang mana"
 contoh
 Baju ini mahal harganya.
 Perkara demikian jangan diulangi lagi.

4. Ajektif pencerai / pengasingan
 Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
 Contoh
 Setiap pelajar mesti berdiplin.
 Ambil barang masing-masing.

B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.

2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.

3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.

4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Sendi

Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih perkataan, frasa, atau ayat.

Kata Tanya

1. Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
3. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?

kenapa Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bila Bilakah awak akan memulangkan bukku saya ?
siapa Engkau ini siapa ?
mengapa Mengapakah baju awak ini basah ?
apa Apakah nama binatng itu ?
bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana Nelayan itu dari mana ?
 

kata Seru

1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, hiba, dan sebagainya.

Contoh kata seru dan ayat

Kata Seru maksud Contoh ayat
wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu Wahai adik ku sayang !
amboi menunjukkan perasaan kagum Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai  Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah  Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !
ceh  Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh terkejut hairan, gembira atau mengharap Oh, itu rupanya rumah kamu !Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !
 

Kata Bilangan

1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Ada enam jenis kata bilangan.

Jenis Kata Bilangan contoh
Kata bilangan himpunan1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan. 1. satu,dua tiga, sepuluh2. Dua ekor kambing.3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu. 1. segala, semua, para, beberapa, seluruh2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. 1. pertama, kedua, ketiga2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan 1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. 1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
 

IMBUHAN

1. Imbuhan mempunyai 3 fungsi :
 a.] membentuk kata terbitan
 b] mengubah golongan kata
 c] mencipta perkataan baru

2. Dalam Bahasa Melayu imbuhan boleh dibahagikan kepada 4 jenis

Imbuhan

IMBUHAN

awalan[ di awal perkataan ] akhiran[ di akhir perkataan ] apitan[ di awal dan di akhir perkataan ] sisipan[ tersisip di tengah perkataan ]

Awalan Ber-

Awalan catatan contoh perkataan
ber- wujud apabila bertemu kata akar kecuali kata akar di bawah. Berjalan, bercukur, berkaki
bel- wujud apabila awaln ber- bertemu dengan kata akar ajar belajar
be- wujud apabila kata kar bermula dengan huruf ‘ r ‘ bekerja, berumah, berada, beraja

Awalan ber- mempunyai beberapa erti iaitu

Erti perkataan contoh ayat
mempunyai berbadan berduit
memakai atau menggunakan berseluar berbedak
mengerjakan atau mengusahakan berkebun bersawah
menghasilkan / mengeluarkan berbuah berasap
menyatakan kumpulan bertiga berkelompok
kena berhujan berembun
melakukan perbuatan pada diri sendiri bersandar bersembunyi
melakukan sesuatu antara dua pihak bertumbuk berlaga
tabiat pekerjaan atau kebiasaan bertanak nasi berkirim surat
mengucapkan berdoa berikrar
menunjukkan sesuatu sikap berkeras berlembut
dalam keadaan bersedih bergembira
menunjukkan ada sesuatu berduri berbahaya
berlaku sebagai berbomoh

Awalan ke-

Imbuhan awalan ke- berfungsi bagi membentuk kata bilangan tingkat, kata nama, dan kata bilangan himpuan.

Lima kelima [ kata bilangan tingkat ]
tiga ketiga [ keta bilangan himpunan ]
tua ketua [ kata nama ]
kasih kekasih [ kata nama ]
hendak kehendak [ kata nama ]

Beberapa erti awalan ke-

Perkataan Erti
kedua-duakelima-lima himpunan
kelapankesepuluh urutan satu persatu
diketuaidikehendaki yang di- …..-kan   ataudi- ….. - I
 

Awalan se-

Erti perkataan
seluruh se-Malaysiaseduniasenegara
sama sejenissepadansebaya
satu seribuseratusekampit
sama-sama di ….. sekampungserumahsekelas
sama dengan sepanjangsebaikseberat

Awalan ter-

1. Awalan ter- terbahagi kepada tiga jenis, iaiyu :
 a] ter- adjektif

Awalan contoh perkataan keterangan
te- teramai, terendam. Teroboh, terasuk Apabila bertemu dengan kata dan huruf pangkalnya huruf ‘ r’
ter- tersayang, tersenyum, terbawa, tercetus Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf lain selain daripada huruf ‘r’
 
 

Erti perkataan keterangan
paling tertinggiterbaik paling tinggipaling baik
dapat di ….. atau keupayaan terkayuhterdaki dapat dikayuhdapat didaki
tidak sengaja di- atau men- tergelekterguris tidak sengaja digelek atau menggelektidak sengaja diguris atau menguris
 

Awalan Men-

Awalan me- boleh menjadi me-, men-, meng- dan menge- yang wujud berdasarkan huruf pertama yang diimbuhkan dengannya seperti di bawah :

Awalan perkataan keterangan
me- meyakinkanmengangamenyanyimenantimelawat Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf l,m,n,ng, ny, y, r, dan w
 men + keluh = mengeluh men + surat  = menyuratmen + pilih   = memilih Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf k, s, p, dan thuruf k menjadi nghuruf s akan menjadi nyhuruf p bertukar menjadi mhuruf t berubah menjadi n
mem- membawamembaling apabia bertemu dengan kata yang bermula dengan  huruf b dan f
men- mancubamendarat Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf c, d, dan j
meng- mengasahmengikatmengubat Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf seperti a, I, e, o, u, g, dan h
menge- mengecapmengecapmengebommengesah Apabila bertemu dengan kata yang terdiri daripada satu suku kata.

Awalan Pen-
 

Awalan Perkataan Keterengan
pe- pewangipenyanyipelajarpemakaipenasihatpemusnah Apabila beremu kata yang bermula dengan huruf m, n, l, ny, w, dan p
pem- pemfitnahpembohongpembawa Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf b dan f
pen- penjahitpendengarpencabarpensyarah Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z
peng- pengkhayalpengedarpengubahpengikut Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf a, I, e, o, u, g, h, dan kh
penge- pengecatpengebompengetinpengesah Apabila bertemu dengan kata yang cuma terdiri daripada satu suku kata.

Erti Perkataan Keterengan
alat / perkakas pembakarpengasahpenukulpenapis -alat untuk membakar
orang yang membuat penulispenciptapentadbir prang yang menulis
susuatu yang menyebabkan jadi ….. pengasihpemanispendingin sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
Orang yang selalu atau suka ….. penidurpemalasperokok orang yang suka tidur
Orang yang mempunyai sifat … . pemalupemurahpembengis orang yang mempunyai sifat malu
milik sifat seseorang pemudapembesar oarang yang mudaorang yang besar tarafnya
Ukuran bagi waktu atau tempat pemelukpenanakpelaung seluas yang dapar dipeluk
Hasil atau kesan daripada sesuatu penyakitpendapat kesan daripada sakit

Awalan per-

Awalan Perkataan Keterangan
pe- pelakonpekerjapekedai Apabila bertemu kata yang ada kaitan dengan kata-kata berawalan ber-
pel- pelajar Apabila bertemu dengan kata ‘ ajar’
per- perburupertapapertendang Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf t dan b
 

Erti Perkataan Keterengan
Orang yang melakukan sesuatu pelakonpelajar orang berlakon
Orang yang di ……. Pesalahpesuruh orang bersalah

Awalan memper-

Erti Perkataan Keterengan
menjadikan lebih memperdalammemperkayamemperluas menjadikan lebih dalam
Membahagi memperempatmemperlapan membahagikan kepada empat
Memperlakukan sebagai …… atau menggunakan sebagai ….. memperalatmemperisterimemperhamba menggunkan sebagai alatmelakukan memeperlakukan sebagai isteri
 

ImbuhanApitan Ber- …. -an

Erti Perkataan Keterangan
Ke mana-mana atau berlaku di merata-rata berselerakanbertempiaran berselerak di mereta-rata
Dalam keadaan berhampiranberjauhan dalam keadaan hampir
Banyak yang berlaku atau banyak yang berbuat berguguranbertaburan banyak yang gugur
Menjelaskan erti perbuatan yang berlaku antara dua pihak berkenalanberkiriman saling berkenal
Menjelaskan erti perbuatan yang berbalas-balas bersalam-salamanbermaaf-maafan berbalas-balas salam

Imbuhan Apitan Ber -….. -kan
Erti Perkataan  Keterangan
Menggunakan berhulukan tembaga berbantalkan lengan berhulu dengan tembagaberbantal dengan lengan
Perbuatan pada diri sendiri / orang bertanyakan khabarbermimpikan Aminah bertenya khabar orang lainbermimpi tentang Aminah

Imbuhan apitan Pen- …..-an

Erti perkataan keterangan
hal melakukan sesuatu pendidikanpembentukan - hal mendidik- hal membentuk
tempat melakukan sesuatu penginapanpembinaanpengurungan - tempat menginap- tempat membina- tempat mengurung
hasil yang di ….. kan atau hasi men … pengalamanpendapatanpengetahuanpelajaran hasil mengalamihasil yang didapatihasil yang diketahuihasil yang dipelajari

Imbuhan Apitan Per- …..-an

Jenis nama kata dasar per- …. -an
kata nama pustakaair perpustakaanperairan
kata kerja mainpindah permiananperpindahan
kata sendi luassesuai perluasanpersesuaian
kata keterangan umpama perumpamaan
kata tugas sama satu persamaanpersatuan

erti perkataan keterangan
tempat sesuatu percetakanpergelangan tempat cetaktempat gelang
tempat melakukan sesuatu perguruanpersemayaman tempat bergurutempat bersemayam
hal mengenai sesuatu perkayuanperubatan hal mengenai kayu-kayanhal mengenai ubat-ubatan
hasil perbuatan ber…… pelajaranperolehan hasil belajarhasil beroleh
 
 
 

Imbuhan akhiran -wan, -wati, -ita

erti perkataan keterangan
bergiat dalam sesuatu bidang olahragawatiwartawansejarahwan seseorang perempuan yang bergiat dalam bidang olahragaseseorang yang bergiat dalam bidang penulisanseseorang yang bergiat dalam bidang sejarah
orang yang ber….. hartawandermawan orang yang berhartaorang yang berderma
orang yang ahli dalam sesuatu hal budayawannegarawan orang yang ahli dalam hal-hal budayaorang yang ahli dalam hal-hal negara
Imbuhan Apitan me- …..- I

erti perkataan keterangan
mengalami sifat terhadap meraguimencintai mengalami sifat ragu terhapmengalami sifat cintai
melakukan berkali-kali memukulimenerajangi memukul berkali-kalimenerajang berkali-kali
memiliki dan memberikan sifat mengecapimengotori memiliki dan memberikan sifat kecap kepadamemiliki dan memberikan sifat otor kepada
melakukan perbuatan di …… melaluimembatasi melakukan perbuatan lalu di …melakukan perbuatan batas di ……
memperlakukan dengan sifat membersihimengasari memperlakukan dengan sifat bersih memperlakukan dengan sifat kasar
menjadi mengepalimembanjiri menjadi kepalamenjadi banjir
memberikan kepada menasihatimenghadiahi memberikan nasihat kepadamemberikan hadiah kepada

Imbuhan Apitan Men- …..-kan

erti perkataan keterangan
membawa melarikanmenerjukan membawa larimembawa terjun
menyebabkan mengakibatkanmemusnahkan menyebabkan akibatmenyebabkan musnah
menyebabkan berlaku menjalankanmenggunakan menyebabkan berjalanmenyebabkan berguna
menyebabkan jadi menakutkanmerapatkan menyebabkan jadi takutmenyebabkan jadi rapat
menganggap membetulkanmemuudahkan menganggao betulmenganggap mudah
menjadikan sebagai menghampakan mencalonkan menjadikan sebagai hambamenjadikan sebagai calon
memasukkan ke dalam membotolkanmemenjarakan memasukkan ke dalam botolmemasukkan ke dalam penjara
menggunakan sesuatu sebagai alat dalam melakukan perbuatan memukulkan [ kayu]memancungkan menggunakan kayu untuk pukulmenggunakan pedang untuk memancung
melakukan perbuatan untuk seseorang mengambilkanmenjelaskan mengambil untuk seseorangmenjelas untuk seseorang
membawa ke……  meningkatkanmenaikkan membawa ke tingkatmembawa naik
 
 
 

Imbuhan apitan ke-…..an

erti perkataan keterangan
perihal kepergiankehadiran perihal pergiperihal hadir
sifat atau keadaan kemuramankejahatan sifat atau keadaan muramsifat atau keadaan jalur
daerah atau tempat bertugas kerajaankedutaan daerah rajatempat duta bertugas
hal tentang sesuatu keagamaankeilmuan hal tentang agamahal tentang ilmu
tampat duduk yang di …….  ! kedudukankediaman tempat yang didudukitempat yang dialami
sesuatu / yang di ….. ! ketaatankemahuan seseorang yang ditaatkansesuatu yang dimahukan
seperti / agak kebiruankekuningan sesuatu yang berwarna birusesuatu yang berwarna seakan-akan kuning
ditimpa kehausankecurian ditimpah rasa hausditimpa kecurian

Imbuhan Apitan Memper-…..- I

erti perkataan  ketereangan
berbuat akan/kepada/mempunyai mempersetujuimempelajari bersetuju akanbelajar mengenai
menjadi…….kepada mempertuanmemperdalangi menjadi tuan kepadamenjadi dalang
menjadikan seseorang beroleh sesuatu mempersenjatai memjadikan seseorang beroleh senjata
menjadikan sesuatu/memperoleh semula memperteguhimempereloki menjadikan teguh semulamenjadikan elok semula

Imbuhan Apitan Memper-……-kan

kata dasar/kata akar kata apitan memper-…..-kan
kayakenalaku memperkayakanmemperkenalkanmemperlakukan

kata akar/kata dasar mempel-….-kan mempe-…..-kan
ragabagai -mempelbagaikan memperagakan-

erti perkataan keterangan
Menyebabkan sesuatu dapat ter-  atau  di…… mempersembahkan ( tarian )memeperlihatkan ( kecekapannya ) menyebabkan tarian disampaikanmenyebabkan kecekapannya dapat dilihat
Menjadikan sesuatu atau seseorang ber-…. Mempergunakanmempersuamikan menjadikan bergunamenjadikan bersuami
Menjadikan sesuatu sebagai sebab berbuat memperdebatkan ( masalah barangan tempatan )memperbualkan ( saham ) menjadikan masalah barangan tempatan sebagai sebab untuk berdebatmenjadikan saham sebagai sebab untuk berbual

TANDA BACA

1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah :

Tanda Noktah atau titik  ( . )
Tanda koma  ( , )
Tanda tanya atau soal ( ? )
Tanda seruan  ( ! )
Tanda sempang atau sengkang ( - )
Tanda noktah bertindih  ( : )
Tanda pengikat kata atau petik ( "        " )

Pengunaan Contoh
Huruf Besar1. Digunakan pada permulaan sesuatu ayat atau selepas tanda noktah.2. Digunakan untuk menulis Kata Nama Khas3. Digunakan pada awal menulis cakap ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan cakap ajuk.4. Digunakan selepas tanda seruan. a. Ibu memasak nasi.b. Tan seorang budak yang pemalu. Dia baru pindah ke sini.a. Amin, ketua Kelas Enam Mawar baru balik dari kampungnya di Dungun.b. Ahmad membaca buku bertajuk "Bukit Rahsia" yang ditulis oleh Idris Rahman.a. Dengan lantang ibu berkata " Bangun, kemu sudah terlewat ke sekolah."b. "Bilakah awak hendak ke pekan ? Hari inikah ?" tanya Burhan.a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
Tanda noktah atau titik ( .)1. Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat yangbukan seruan atau pertanyaan.2. Digunakan untuk menulis huruf ringkas atau kependekan. a. Dia baru pulang dari sekolah.a. Kami melawat R.T.M.a. Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K. oelh Sultan Terengganu.
Tanda koma ( , )1. Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang sama dalam sesuatu ayat2. Digunakan selepas kata seruan.3. Digunakan untuk memisahkan cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat.4. Digunakan di belakang pada kata penghubung pada awal ayat. a. Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula, bawang, biskut, roti , dan susu. a. Wah, bijak betul budak itu !a. Cikgu Asrul berkata, "Tolong ambilkan buku kuning itu."b. "Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu," pesan ibu.a. Oleh itu, kita mesti bertindak dari sekarang.b. Jadi, dia pun lari dari situ.
Tanda Tanya atau soal ( ? )Digunakan untuk menamatkan ayat soal. Pukul berapa dia pergi ke sana ?
Tanda Seruan ( ! )Digunakan di hujung ayat-ayat seruan. a. Oh, awak rupanya yang mengetuk pintu tadi !b. Eh, bila kamu sampai !
Tanda Sempang atau Sengkang ( - )1. Digunakan untuk menulis kata ganda.2. Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar.3. Digunakan untuk merangkaikan awalan ke depan angka atau nombor.4. Digunakan untuk merangkaikan angka dengan akhiran -an. a. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau, kuda-kudab. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika, Insya-Allah.a. Ke-60, ke-10b. Mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke - 5.a. 60-an, 70-an, 80-an, 90-anb. Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun 60-an.
Tanda Noktah Bertindih ( : )1. Digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat.2. Digunakan untuk menggantikan maksud iaitu.3. Digunakan untuk memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan.4. Digunakan untuk menerangkan sesuatu dalam ayat. a. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina.b. Kita mesti membantu orang yang dalam kesusuhan : sikap yang disukai masyaraka.a. Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke sekalah semalam ?    Sani    : Saya tidak sengaja. Saya lewat bangun.a. Di dalam beg ini ada :     i- buku    ii- pensil    iii- pembaris   iv- pemadam
Tanda Koma Bertindah ( ; )1. Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.2. Digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang menggunakan kata hubung. a. Bawakan barang-barang ini dan berikan kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan penggali.b. Kami semua lulus dalam ujian matematik ; Manisah 80 merkah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.a. Dia seorang budak yang baik ; kami semua sayang kepadanya.b. Buktikan kepandaian kamu ; kalahkan pasukan mereka.
Tanda Pengikat Kata atau Petik ( "      " )1. Digunakan untuk menulis cakap ajuk.2. Digunakan untuk menulis nama buku, majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat. a. "Saya hendak pergi ke perpustakaan," kata Ghani.b. Adnan berkata, "Sayalah pemain yang menjaringkan gol itu."a. Cikgu Hashimi menulis sebuah buku bertajuk, "Penggunaan Tatabahasa dalam U.P.S.R."
 
AYAT

1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.

Contoh :
 

subjek predikat
1. Afendi2. Kakak3. Ibrahim4. Zulkfli5. Ayam itu gurumenyapu sampah.bermain bola sepak.Minum tehasyik berkokok.

Ragam ayat

1. Ayat-ayat Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti berikut

Ragam Ayat

Ayat Penyata  Ayat Seruan  Ayat Tanya  Ayat Penyata

Ayat Penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatuhal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita auat Ayat Keterangan.

Contoh : Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

Ayat Tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
 a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
 b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

Ayat Seruan

1. Ayat yang digunakan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti marah, takut, terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
2. Dalam penulisan tanda seru ( ! ) digunakan.
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contoh : Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

Ayat Perintah

1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan

a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
 Turunlah dari sini sekarang juga.

b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
 Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.

c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
 Usahlah menangis lagi.

d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
 Jemputlah menikmati

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

Ayat Aktif Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu.2. Ibu memasak nasi lemak.3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.5. Yusof membawa kerusi patah. Buku itu dibaca oleh Ali.Nasi lemak dimasak oleh ibu.Nasihat guru kita, mesti kita dengar.Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.Kerusi patah dibawa oleh Yusof
 

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
 Subjek    =  Lelaki gemuk itu
 Predikat  =  sedang menembak burung.
 
 

Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
 B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
 C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )
 

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.

Cakap Ajuk
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata  ( " …….. " )

Cakap Pindah
1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.

Cakap Ajuk Cakap Pindah
1. " Di manakah awak letakkan beg itu ? " tanya Cikgu Azmi kepada Sunita. Cikgu Azmi bertsnys kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.
2. Kata nenek kepada Siti, " Begini cara membuat kuih Bahulu." Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.
3. Kata Hassan kepada Faizal , " Ini buku awak. " Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia.
4. " Ayam itu lapar," kata Asmah. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.
5. " Berikan bola ini kepada Zainal Abidin," kata Dollah Salleh. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.

KATA GANDA

1.Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
2. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata
1. Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
Contoh :
Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
buku-bukulembu-lembumurid-muridkawan-kawan baring-baringpandang-pandangjalan-jalanusik-usik manis-manisbesar-besarawal-awalbulat-bulat

Gandaan Separa  Separuh

1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki bebola lelabah pepohon jejari
kekuda jejentik kekabu  dedaun kekisi
 

Gandaan Berirama

1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
tunggang-langgang tanah-tanih semak-samun bengkang-bengkok gelap-gelita
 

Gandaan Menyalin

1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar
sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang
tari-menari tangis-menangis rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan