TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU MATA PELAJARAN

Bidang Tugas:
1. Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai mata pelajaran dan kurikulum yang hendak diajar.
2. Menyampaikan bahan-bahan pelajaran dengan menggunakan kaedah yang paling berkesan termasuk menggunakan bahan-bahan bantuan mengajar dan jujur semasa menjalankan tugas.
3. Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran dalam buku persediaan mengajar.
4. Merancang kerja-kerja rumah bagi pelajar mereka dengan secukupnya dan memasti-kan pelaksanaannya berkesan.
5. Memeriksa buku-buku latihan dan rampaian pelajar dan menghantar buku-buku rampaian pelajar kepada guru kanan mata pelajaran yang berkenaan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian.
6. Mengadakan ujian bulanan dan memasukkan markah dalam buku persediaan mengajar setelah diperiksa dan diadakan ujian-ujian itu.
7. Menyediakan soalan-soalan peperiksaan dan memeriksa jawapan-jawapan mengikut skima yang telah ditentukan oleh sekolah atau guru kanan mata pelajaran berkenaan.
8. Memberi markah peperiksaan kepada guru kelas bagi mata pelajaran masing-masing.
9. Menganalisis keputusan semua ujian bulanan dan peperiksaan sekolah dan awam bagi mata pelajaran yang diajarnya.
10. Mengambil perhatian berat terhadap kemajuan dan pencapaian pelajarnya dalam mata pelajaran yang diajarnya.
11. Menanamkan semangat kepimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik dan mulia di kalangan pelajarnya.
12. Mengadakan kelas-kelas tambahan dan pemulihan bagi para pelajar yang lemah dalam mata pelajarannya.
13. Mengambil tahu akan perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran yang diajar.
14. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikendalikan oleh sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
15. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan oleh guru kanan mata pelajaran.
16. Mengawasi peperiksaan dan ujian yang dijalankan dengan penuh perhatian untuk mengelakkan penyelewengan.
17. Menilai pencapaian akademik pelajar dan mengesan segala kelemahan dan kekuatan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Melengkapkan segala butiran yang diperlukan dalam Buku Rekod Mengajar untuk diserahkan kepada Guru Besar pada setiap hujung minggu.