PENENTUAN TUGAS (JOB SPECIFICATION)
GURU BESAR
Guru Besar:
A. Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung
dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan
guru di sekolah sebagaimana berikut:
1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua
kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi
semua kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,
penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus
dalam jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian
kakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja
dan tugas kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan
guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas,
dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah
mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur
dan sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan
ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan
sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan
dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang
melibatkan guru dan kakitangan.
17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan
yang lain.
B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran
yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan
dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan
oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun
dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang
Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit
akaun sekolah secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar
sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan
dengan teratur dan kemas kini.
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa,
wang runcit dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna
mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan
bahwa semuanya itu berjalan lancar.
C. Pembangunan
Fizikal Sekolah:
1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan
dengan cara yang baik dan teratur.
2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah
dari semasa ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang
diadakan di sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan
dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.
D. Pembangunan Kakitangan:
1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan
guru untuk pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus
dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian
di peringkat yang lebih tinggi.
E. Mengajar:
1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan
yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.
F. Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,
berkesan dan mengikut perancangan.
2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di
sekolah berjalan dengan sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan
guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.
5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu
sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.
8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab
terhadap perkembangan dan kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang
akademik.
G. Ko-Kurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan
unit pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik,
teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum
seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.
H. Hal Ehwal Pelajar:
1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya
berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal
untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar
yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik
dan sukan.
4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang
dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan
yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:-
(Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan,
riadah dan sistem mentor menti).
I. Pengawasan Dan
Penyeliaan:
1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap
perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.
2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran,
pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran,
kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.
3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan
tugas-tugas mereka.
4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru
dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran
mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.
6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang
akan dibuat pada setiap hujung tahun.
1.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS
1.1 |
Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan diselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeri dan negara. |
1.2 |
Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu, penugasan guru dan sebagainya. |
1.3 |
Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku pelajar. |
1.4 |
Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan. |
1.5 |
Menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod guru atau perbincangan dengan guru / JKS / PMP. |
1.6 |
Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum dari masa ke semasa. |
1.7 |
Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum. |
1.8 |
Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan kepada guru dan pelajar. |
1.9 |
Mengajar sebilangan waktu. |
2.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID
2.1 |
Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh. Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpa dengan ibubapa dan penjaga, PRS. K & K, guru ko-kurikulum dan sebagainya. |
2.2 |
Melaksanakan projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilai keberkesanannya. |
3.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)
3.1 MURID-MURID
3.1.1 |
Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid. |
3.1.2 |
Menyelia buku jadual kedatangan murid. |
3.1.3 |
Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid. |
3.1.4 |
Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai pelajar yang layak dan tidak layak. |
3.1.5 |
Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti menentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh murid. |
3.1.6 |
Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan. |
3.1.7 |
Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna supaya wujud tahap kesihatan yang tinggi di kalangan murid. |
3.1.8 |
Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid. |
3.1.9 |
Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah. |
3.2 PENGURUSAN PERSONEL
3.2.1 |
Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke dalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah. |
3.2.3 |
Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja. |
3.2.3 |
Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun. |
3.2.4 |
Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang kuasanya. |
3.2.5 |
Menjaga kebajikan kakitangan. |
3.3 KEWANGAN
3.3.1 |
Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod akaun, laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan. |
3.3.2 |
Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan ke atas laporan audit. |
3.3.3 |
Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah. |
3.3.4 |
Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat anggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif. |
3.4 KEMUDAHAN FIZIKAL
3.4.1 |
Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik. |
3.4.2 |
Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah. |
3.4.3 |
Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah. |
3.4.4 |
Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat pengagihan yang berkesan. |
3.4.5 |
Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran. |
3.4.6 |
Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah. |
4.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)
4.1 |
Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman, perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri. |
4.2 |
Mengawal `learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian, data dan salinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan `learning experiences’ murid. |
4.3 |
Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru. |
4.4 |
Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti. |
5.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)
5.1 |
Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus, seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja. |
5.2 |
Menjalankan kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang lebih berkesan. |
5.3 |
Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas. |