TUGAS PEMBANTU TADBIR SEKOLAH

1.0

Menyediakan lembaran gaji setiap bulan.

2.0

Menyediakan dan menyimpan :

 

2.1. Resit-resit bayaran

 

2.2. Baucar tuntutan

 

2.3. cek-cek sekolah

 

2.4. menutup akaun sekolah setiap bulan.

3.0

Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan pelajaran

4.0

Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah.

5.0

Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun.

6.0

Menyediakan borang-borang cukai pendapatan.

7.0

Tugas-tugas lain :

 

7.1. Membuat penyata bulanan.

 

7.2. Menyelesaikan surat-menyurat.

 

7.3. Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid.

 

7.4. Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan SPBT.

 

7.5. Menyediakan borang pesanan alatan sekolah.

 

7.6. Mengarahkan tugas Pekerja Am Rendah.

 

7.7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

8.0

Menjadi setiausaha kepada Guru Besar, mengingatkan Guru Besar tentang suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan.

9.0

Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini, kemas dan teratur.

10.0

Menyimpan rahsia sekolah (mematuhi arahan di bawah ARR kerajaan)

11.0

Membantu Guru Besar mengatur jadual cuti rehat bagi kakitangan sekolah termasuk jadual ganti bagi Jaga.

TUGAS PEMBANTU AM RENDAH

1.0

Mengatur, menyusun dan mengemas kini pejabat, bilik Penolong Kanan dan Guru Besar.

2.0

Menjaga kebersihan pejabat.

3.0

Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah.

4.0

Menghantar surat-surat ke pejabat pos, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

5.0

Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan dihantar.

6.0

Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru.

7.0

Membantu kerani dalam urusan pejabat.

8.0

Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat.

9.0

Menjaga buku rekod pejabat.

10.0

Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid.

11.0

Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah menggunakan mesin pendua.

12.0

Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah Pendidikan Terengganu.

13.0

Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.

14.0

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

TUGAS PEKERJA RENDAH AM

1.0

Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan.

2.0

Memotong rumput, membersih semak-samun atau pokok-pokok kecil yang tidak berguna di kawasan sekolah.

3.0

Menanam, menggembur tanah, menyiram, membaja serta menjaga semua pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang tugasnya.

4.0

Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padang permainan dan lain-lain kelengkapan padang / gelanggang.

5.0

Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak.

6.0

Menyusun, mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan pada masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan di sekolah.

7.0

Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti.

8.0

Membersih cermin-cermin, tingkap-tingkap dan juga dinding bangunan sekolah.

9.0

Menjaga dan menyelenggarakan generator, mesin rumput, pam air dan perkara-perkara yang berkaitan dengan enjin.

10.0

Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah.

11.0

Menyapu dan membersihkan bilik darjah, kaki lima / koridor, tangga dan juga longkang sekolah.

12.0

Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup selepas digunakan supaya tidak berlaku pembaziran.

13.0

Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa.

14.0

Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap hari kecuali hari perhimpunan dan cuti am.

15.0

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

TUGAS JAGA SEKOLAH

1.0

Menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan dan membuat catatan dalam buku laporan apa yang berlaku semasa dalam tugasnya.

2.0

Memastikan semua harta benda dalam keadaan selamat.

3.0

Melarang sesiapa sahaja daripada berada dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar.

4.0

Membuat rondaan dan kawalan dari masa ke semasa.

5.0

Memastikan lampu-lampu dipasang di tempat-tempat yang tertentu dan dipasangkan pada masa yang ditetapkan.

6.0

Memastikan semua pintu pagar dan pintu bilik sekolah berkunci semasa menjalankan tugas.

7.0

Membuka semua bilik sekolah yang dikunci dan pintu-pintu pagar sebelum pulang pada waktu pagi hari persekolahan.

8.0

Melaporkan kepada Guru Besar / polis serta-merta apabila berlaku sebarang kejadian kecemasan / kemalangan / kecurian di sekolah.

9.0

Sentiasa berada di dalam kawasan sekolah sepanjang masa bertugas.

10.0

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.