PROGRAM
PERKHIDMATAN
SK. DARAU
1. Sayang dan kasih kepada sekolah serta semua anggota yang ada di dalamnya.
2. Kerja dengan sempurna, bersungguh-sungguh, jujur dan ikhlas tanpa melakukan sebarang kesilapan.
3. Dahulukan setiap perbuatan dengan niat kerana Allah. Tenaga yang disumbangkan, kerana Allah. Wang ringgit yang dihabiskan, kerana Allah. Ilmu yang dititiskan kepada pelajar juga kerana Allah.
4. Adab merupakan
elimen utama dalam kerja buat kita seharian. Utamakanlah adab sopan dalam semua
urusan. Bersedia menerima teguran.
5. Rajin dalam setiap kerja buat sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Rasa bertanggungjawab terhadap semua tugas yang diamanahkan tanpa disuruh atau
mendapat pujian. Nekad dengan amalan kerja mati-matian. Eratkan hubungan kekeluargaan
antara kita sebagai satu keluarga SKD.
6. Allah sentiasa melihat apa jua yang kita lakukan. Setiap kerja kita bukan untuk diperlihatkan kepada orang. Walaupun orang tidak lihat, Allah tetap melihat setiap tindakan kita.
7. Usah melakukan
sebarang kesilapan, pembaziran, malapetaka, perselisihan, bercakap kosong dan
semua perkara yang boleh merugikan sekolah. Kalau kita berusaha pasti kita akan
berjaya. Hasil kerja akan mencerminkan sejauh mana usaha kita sebelumnya. Ikhtiar
dahulu sebelum berserah kepada Allah. Buat dengan cepat dan tepat. Menghayati
kerja sebagai satu ibadah serta mengamalkan konsep keterbukaan.
PIAGAM SEKOLAH
MATLAMAT