sudah berpindah ke http://tatabahasabm.tripod.com
JENIS - JENIS
PERKATAAN
Dalam Bahasa Malaysia jenis perkataan terbahagi kepada lima bahagian yang
besar :
1. Nama
2. Perbuatan
3. Sifat
4. Sendi
5. Seruan
Jenis - Jenis Perkataan
Perkataan
Nama Perbuatan Sifat Sendi Seruan
NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL
dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
Jenis - Jenis Nama
Nama
Nama Betul Gantinama Nama Terbitan
Nama Betul
Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernaya seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti
tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan
Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
a) benda ; misalnya : rumah. Motorkar, pen, buku, dll
b) orang; misalnya : polis, guru, doktor, askar dll
c) binatang; misalnya : anjing, kuda, burung, ikan dll
d) tempat; misalnya : kampung, bandar, negeri dll
Kata nama am hendaklah ditulis
dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat
Nama Khas
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau
khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan
nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Perbandingan Kata Nama Am dan
Kata Nama Khas
Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama
Khas
Benda bangunankeretabukusekolah Bangunan Tabung HajiProton SagaBahasa
MelayuS.K. Darau
Orang doktorkeranigurubudak lelaki Doktor EfendiPuan Zainun Cikgu AzmiMuhamad
Fauzi
Binatang kucinglembukatakayamburung Si TompokLembu SapiKatak PuruAyam
BelandaBurung Murai
Tempat negeribandarkampungtasek TerengganuJertehKampung Pasir AkarTasek Perdana
Tumbuhan pisangcilijambulimau Pisang EmasCili PadiJambu BatuLimau Kasturi
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila
kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh
imbuhan :
di awal kata pe- , pem-, pen-,
peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata per- … -an, penge-…-an, peng-….-an, pen-…-an,
pem-….-an, pe-….-an, dan ke-…-an
Kata dasar yang diberi imbuhan
untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata kata dasr kata
terbitan
kata kerja peragalatih bawalawan peragawati latihanpembawaanperlawanan
kata sendi olehuntuk perolehanperuntukan
kata nama lombongrumahguru perlonbonganperumahanperguruan
kata adjektif cantikbesartinggi kecantikanpembesarketinggian
Nama Betul
Nama Am Nama Khas
Ganti Nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri,
Gantinama Umum, Ganti nama Pertanyaan, Ganti nama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Gantinama Diri
Gantinama Diri Bil. Tunggal Bil
Banyak
Bentuk contoh kata nama diri pertama
tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang
Gantinama Umum
Perkataan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, dan hal dengan
secara am sahaja.
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan
ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan
bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk contoh kata Ganti Diri
kedua
Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian
Contoh ayat yang menggunkan kata
ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi
merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, banginda
hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk Contoh kata ganti diri
ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka
Contoh ayat yang menggunakan kata
ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oelh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama ( Orang yang bercakap ) akusayapatikhamba kamikita
Diri Kedua( Orang yang dilawan bercakap )
awakkamuengkauencikciksaudarasaudarituanpuanandatuanku awak semuakamu
semuasaudara sekaliansaudari sekalianencik-encikcik-ciktuan-tuanpuan-puananda
semuakalian
Diri Ketiga( Orang yang diceritakan halnya) diaianyabeliaubaginda mereka
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah
perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal
dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah "kah" dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakahkenapakahmengapakah berapakah
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini
wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana.
Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh
apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi
gurunya.
Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.2. Siapa-siapa saja
boelh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.2. Pilihlah
mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk
menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
Benda, orang, Binatang ini, itu
Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh.)situ ( Digunakan bagi tempat
yang tidak begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Hubung
1. Kata hubung ialah perkataan
yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, rangkai kata
dengan rangkai kata, ayat dengan ayat.
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
dan hingga lalu ketika
dengan yang tetapi jika
kerana serta kalau kemudian
demikian walhal walau agar
atau demi supaya
3. Contoh kata hubung dalam
bentuk terbitan.
semasa sementara seharusnya andaikata
semoga seketika sebaliknya sedangkan
setelah sesungguhnya walaupun itupun
sewaktu seandainya meskipun sekali[un
mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun
padahal
contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih
miskin dan menderita.
KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya
kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (
objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau
sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan,
menduduki, mempersilakan.
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah
pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang
kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan
sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan
surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
Subjek ( pembuat ) Kata kerja
transitif penyambut ( Objek )
Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu melanggar seekor lembu
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh
pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau
orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka
melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak
Transitif keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan
menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
Kata Keterangan
1. Perkataan yang digunakan untuk
menerangkan sesuatu perbuatan.
Contoh
cara / gaya begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,
1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.2. Munah pergi ke
pasar dengan bas.
Masa / waktu akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam 1.Saya
benar-benar terasa lapar sekarang.2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan
perjalanannya.
Nafi bukan, tidak, kecuali 1. Orang itu tidak tinggal di sini.2. Anak kecil ini
bukan anaknya.
Tanya mengapa, bagaimana, bila 1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?2.
Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragam mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu 1. Kalau Ahmad
terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.2. Barangkali dia belum cukup
wang untuk membayat hutang.
Darjah / kata penguat amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali,
terlampau 1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.2. Semua
peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.
Aspek belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali 1. Pembinaan
bangunan itu belum dimulakan lagi.2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.
Kata Adjektif ( Kata Sifat )
Kata Adjektif ialah perkataan
yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar,
kuat, banyak dan sedikit.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan "bagaimana" / "yang mana"
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Ajektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.
B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan
sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang
digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih perkataan, frasa, atau ayat.
Kata Tanya
1. Kata tanya adalah kata atau
perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat
tanya.
3. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
kenapa Kenapakah Ahmad gagal
dalam ujian itu ?
bila Bilakah awak akan memulangkan bukku saya ?
siapa Engkau ini siapa ?
mengapa Mengapakah baju awak ini basah ?
apa Apakah nama binatng itu ?
bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana Nelayan itu dari mana ?
kata Seru
1. Kata seru adalah kata yang
menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran,
hiba, dan sebagainya.
Contoh kata seru dan ayat
Kata Seru maksud Contoh ayat
wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu Wahai adik ku sayang !
amboi menunjukkan perasaan kagum Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh terkejut hairan, gembira atau mengharap Oh, itu rupanya rumah kamu !Oh,
Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah Syabas, awak berjaya juga
akhirnya !
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan
biadap itu !
Kata Bilangan
1. Perkataan yang digunakan untuk
menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Ada enam jenis kata bilangan.
Jenis Kata Bilangan contoh
Kata bilangan himpunan1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.2. Boleh diikuti
dengan penjodoh bilangan.3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan. 1.
satu,dua tiga, sepuluh2. Dua ekor kambing.3. keempat-empat, berpuluh-puluh,
berjuta-juta, berabad-abad4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian
setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu. 1. segala,
semua, para, beberapa, seluruh2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan
melukis.
Kata bilangan pecahan 1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. 1. setengah.
sepertiga, dua pertiga, seratus peratus2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun
Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap2. Setiap orang
dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
IMBUHAN
1. Imbuhan mempunyai 3 fungsi :
a.] membentuk kata terbitan
b] mengubah golongan kata
c] mencipta perkataan baru
2. Dalam Bahasa Melayu imbuhan
boleh dibahagikan kepada 4 jenis
Imbuhan
IMBUHAN
awalan[ di awal perkataan ]
akhiran[ di akhir perkataan ] apitan[ di awal dan di akhir perkataan ] sisipan[
tersisip di tengah perkataan ]
Awalan Ber-
Awalan catatan contoh perkataan
ber- wujud apabila bertemu kata akar kecuali kata akar di bawah. Berjalan,
bercukur, berkaki
bel- wujud apabila awaln ber- bertemu dengan kata akar ajar belajar
be- wujud apabila kata kar bermula dengan huruf ‘ r ‘ bekerja, berumah, berada,
beraja
Awalan ber- mempunyai beberapa
erti iaitu
Erti perkataan contoh ayat
mempunyai berbadan berduit
memakai atau menggunakan berseluar berbedak
mengerjakan atau mengusahakan berkebun bersawah
menghasilkan / mengeluarkan berbuah berasap
menyatakan kumpulan bertiga berkelompok
kena berhujan berembun
melakukan perbuatan pada diri sendiri bersandar bersembunyi
melakukan sesuatu antara dua pihak bertumbuk berlaga
tabiat pekerjaan atau kebiasaan bertanak nasi berkirim surat
mengucapkan berdoa berikrar
menunjukkan sesuatu sikap berkeras berlembut
dalam keadaan bersedih bergembira
menunjukkan ada sesuatu berduri berbahaya
berlaku sebagai berbomoh
Awalan ke-
Imbuhan awalan ke- berfungsi bagi
membentuk kata bilangan tingkat, kata nama, dan kata bilangan himpuan.
Lima kelima [ kata bilangan
tingkat ]
tiga ketiga [ keta bilangan himpunan ]
tua ketua [ kata nama ]
kasih kekasih [ kata nama ]
hendak kehendak [ kata nama ]
Beberapa erti awalan ke-
Perkataan Erti
kedua-duakelima-lima himpunan
kelapankesepuluh urutan satu persatu
diketuaidikehendaki yang di- …..-kan ataudi- ….. - I
Awalan se-
Erti perkataan
seluruh se-Malaysiaseduniasenegara
sama sejenissepadansebaya
satu seribuseratusekampit
sama-sama di ….. sekampungserumahsekelas
sama dengan sepanjangsebaikseberat
Awalan ter-
1. Awalan ter- terbahagi kepada
tiga jenis, iaiyu :
a] ter- adjektif
Awalan contoh perkataan
keterangan
te- teramai, terendam. Teroboh, terasuk Apabila bertemu dengan kata dan huruf
pangkalnya huruf ‘ r’
ter- tersayang, tersenyum, terbawa, tercetus Apabila bertemu dengan kata yang
bermula dengan huruf lain selain daripada huruf ‘r’
Erti perkataan keterangan
paling tertinggiterbaik paling tinggipaling baik
dapat di ….. atau keupayaan terkayuhterdaki dapat dikayuhdapat didaki
tidak sengaja di- atau men- tergelekterguris tidak sengaja digelek atau
menggelektidak sengaja diguris atau menguris
Awalan Men-
Awalan me- boleh menjadi me-,
men-, meng- dan menge- yang wujud berdasarkan huruf pertama yang diimbuhkan
dengannya seperti di bawah :
Awalan perkataan keterangan
me- meyakinkanmengangamenyanyimenantimelawat Apabila bertemu dengan kata yang
bermula dengan huruf l,m,n,ng, ny, y, r, dan w
men + keluh = mengeluh men + surat = menyuratmen +
pilih = memilih Apabila bertemu kata yang bermula dengan huruf k,
s, p, dan thuruf k menjadi nghuruf s akan menjadi nyhuruf p bertukar menjadi
mhuruf t berubah menjadi n
mem- membawamembaling apabia bertemu dengan kata yang bermula dengan
huruf b dan f
men- mancubamendarat Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf c,
d, dan j
meng- mengasahmengikatmengubat Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan
huruf seperti a, I, e, o, u, g, dan h
menge- mengecapmengecapmengebommengesah Apabila bertemu dengan kata yang
terdiri daripada satu suku kata.
Awalan Pen-
Awalan Perkataan Keterengan
pe- pewangipenyanyipelajarpemakaipenasihatpemusnah Apabila beremu kata yang
bermula dengan huruf m, n, l, ny, w, dan p
pem- pemfitnahpembohongpembawa Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan
huruf b dan f
pen- penjahitpendengarpencabarpensyarah Apabila bertemu kata yang bermula
dengan huruf c, d, j, sy, dan z
peng- pengkhayalpengedarpengubahpengikut Apabila bertemu kata yang bermula
dengan huruf a, I, e, o, u, g, h, dan kh
penge- pengecatpengebompengetinpengesah Apabila bertemu dengan kata yang cuma
terdiri daripada satu suku kata.
Erti Perkataan Keterengan
alat / perkakas pembakarpengasahpenukulpenapis -alat untuk membakar
orang yang membuat penulispenciptapentadbir prang yang menulis
susuatu yang menyebabkan jadi ….. pengasihpemanispendingin sesuatu yang
menyebabkan jadi dingin
Orang yang selalu atau suka ….. penidurpemalasperokok orang yang suka tidur
Orang yang mempunyai sifat … . pemalupemurahpembengis orang yang mempunyai
sifat malu
milik sifat seseorang pemudapembesar oarang yang mudaorang yang besar tarafnya
Ukuran bagi waktu atau tempat pemelukpenanakpelaung seluas yang dapar dipeluk
Hasil atau kesan daripada sesuatu penyakitpendapat kesan daripada sakit
Awalan per-
Awalan Perkataan Keterangan
pe- pelakonpekerjapekedai Apabila bertemu kata yang ada kaitan dengan kata-kata
berawalan ber-
pel- pelajar Apabila bertemu dengan kata ‘ ajar’
per- perburupertapapertendang Apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan
huruf t dan b
Erti Perkataan Keterengan
Orang yang melakukan sesuatu pelakonpelajar orang berlakon
Orang yang di ……. Pesalahpesuruh orang bersalah
Awalan memper-
Erti Perkataan Keterengan
menjadikan lebih memperdalammemperkayamemperluas menjadikan lebih dalam
Membahagi memperempatmemperlapan membahagikan kepada empat
Memperlakukan sebagai …… atau menggunakan sebagai ….. memperalatmemperisterimemperhamba
menggunkan sebagai alatmelakukan memeperlakukan sebagai isteri
ImbuhanApitan Ber- …. -an
Erti Perkataan Keterangan
Ke mana-mana atau berlaku di merata-rata berselerakanbertempiaran berselerak di
mereta-rata
Dalam keadaan berhampiranberjauhan dalam keadaan hampir
Banyak yang berlaku atau banyak yang berbuat berguguranbertaburan banyak yang
gugur
Menjelaskan erti perbuatan yang berlaku antara dua pihak berkenalanberkiriman
saling berkenal
Menjelaskan erti perbuatan yang berbalas-balas bersalam-salamanbermaaf-maafan
berbalas-balas salam
Imbuhan Apitan Ber -….. -kan
Erti Perkataan Keterangan
Menggunakan berhulukan tembaga berbantalkan lengan berhulu dengan
tembagaberbantal dengan lengan
Perbuatan pada diri sendiri / orang bertanyakan khabarbermimpikan Aminah
bertenya khabar orang lainbermimpi tentang Aminah
Imbuhan apitan Pen- …..-an
Erti perkataan keterangan
hal melakukan sesuatu pendidikanpembentukan - hal mendidik- hal membentuk
tempat melakukan sesuatu penginapanpembinaanpengurungan - tempat menginap-
tempat membina- tempat mengurung
hasil yang di ….. kan atau hasi men … pengalamanpendapatanpengetahuanpelajaran
hasil mengalamihasil yang didapatihasil yang diketahuihasil yang dipelajari
Imbuhan Apitan Per- …..-an
Jenis nama kata dasar per- …. -an
kata nama pustakaair perpustakaanperairan
kata kerja mainpindah permiananperpindahan
kata sendi luassesuai perluasanpersesuaian
kata keterangan umpama perumpamaan
kata tugas sama satu persamaanpersatuan
erti perkataan keterangan
tempat sesuatu percetakanpergelangan tempat cetaktempat gelang
tempat melakukan sesuatu perguruanpersemayaman tempat bergurutempat bersemayam
hal mengenai sesuatu perkayuanperubatan hal mengenai kayu-kayanhal mengenai
ubat-ubatan
hasil perbuatan ber…… pelajaranperolehan hasil belajarhasil beroleh
Imbuhan akhiran -wan, -wati, -ita
erti perkataan keterangan
bergiat dalam sesuatu bidang olahragawatiwartawansejarahwan seseorang perempuan
yang bergiat dalam bidang olahragaseseorang yang bergiat dalam bidang
penulisanseseorang yang bergiat dalam bidang sejarah
orang yang ber….. hartawandermawan orang yang berhartaorang yang berderma
orang yang ahli dalam sesuatu hal budayawannegarawan orang yang ahli dalam
hal-hal budayaorang yang ahli dalam hal-hal negara
Imbuhan Apitan me- …..- I
erti perkataan keterangan
mengalami sifat terhadap meraguimencintai mengalami sifat ragu terhapmengalami
sifat cintai
melakukan berkali-kali memukulimenerajangi memukul berkali-kalimenerajang
berkali-kali
memiliki dan memberikan sifat mengecapimengotori memiliki dan memberikan sifat
kecap kepadamemiliki dan memberikan sifat otor kepada
melakukan perbuatan di …… melaluimembatasi melakukan perbuatan lalu di
…melakukan perbuatan batas di ……
memperlakukan dengan sifat membersihimengasari memperlakukan dengan sifat
bersih memperlakukan dengan sifat kasar
menjadi mengepalimembanjiri menjadi kepalamenjadi banjir
memberikan kepada menasihatimenghadiahi memberikan nasihat kepadamemberikan
hadiah kepada
Imbuhan Apitan Men- …..-kan
erti perkataan keterangan
membawa melarikanmenerjukan membawa larimembawa terjun
menyebabkan mengakibatkanmemusnahkan menyebabkan akibatmenyebabkan musnah
menyebabkan berlaku menjalankanmenggunakan menyebabkan berjalanmenyebabkan
berguna
menyebabkan jadi menakutkanmerapatkan menyebabkan jadi takutmenyebabkan jadi
rapat
menganggap membetulkanmemuudahkan menganggao betulmenganggap mudah
menjadikan sebagai menghampakan mencalonkan menjadikan sebagai hambamenjadikan
sebagai calon
memasukkan ke dalam membotolkanmemenjarakan memasukkan ke dalam botolmemasukkan
ke dalam penjara
menggunakan sesuatu sebagai alat dalam melakukan perbuatan memukulkan [
kayu]memancungkan menggunakan kayu untuk pukulmenggunakan pedang untuk
memancung
melakukan perbuatan untuk seseorang mengambilkanmenjelaskan mengambil untuk
seseorangmenjelas untuk seseorang
membawa ke…… meningkatkanmenaikkan membawa ke tingkatmembawa naik
Imbuhan apitan ke-…..an
erti perkataan keterangan
perihal kepergiankehadiran perihal pergiperihal hadir
sifat atau keadaan kemuramankejahatan sifat atau keadaan muramsifat atau
keadaan jalur
daerah atau tempat bertugas kerajaankedutaan daerah rajatempat duta bertugas
hal tentang sesuatu keagamaankeilmuan hal tentang agamahal tentang ilmu
tampat duduk yang di ……. ! kedudukankediaman tempat yang didudukitempat
yang dialami
sesuatu / yang di ….. ! ketaatankemahuan seseorang yang ditaatkansesuatu yang
dimahukan
seperti / agak kebiruankekuningan sesuatu yang berwarna birusesuatu yang
berwarna seakan-akan kuning
ditimpa kehausankecurian ditimpah rasa hausditimpa kecurian
Imbuhan Apitan Memper-…..- I
erti perkataan ketereangan
berbuat akan/kepada/mempunyai mempersetujuimempelajari bersetuju akanbelajar
mengenai
menjadi…….kepada mempertuanmemperdalangi menjadi tuan kepadamenjadi dalang
menjadikan seseorang beroleh sesuatu mempersenjatai memjadikan seseorang
beroleh senjata
menjadikan sesuatu/memperoleh semula memperteguhimempereloki menjadikan teguh
semulamenjadikan elok semula
Imbuhan Apitan Memper-……-kan
kata dasar/kata akar kata apitan
memper-…..-kan
kayakenalaku memperkayakanmemperkenalkanmemperlakukan
kata akar/kata dasar
mempel-….-kan mempe-…..-kan
ragabagai -mempelbagaikan memperagakan-
erti perkataan keterangan
Menyebabkan sesuatu dapat ter- atau di…… mempersembahkan ( tarian
)memeperlihatkan ( kecekapannya ) menyebabkan tarian disampaikanmenyebabkan
kecekapannya dapat dilihat
Menjadikan sesuatu atau seseorang ber-…. Mempergunakanmempersuamikan menjadikan
bergunamenjadikan bersuami
Menjadikan sesuatu sebagai sebab berbuat memperdebatkan ( masalah barangan
tempatan )memperbualkan ( saham ) menjadikan masalah barangan tempatan sebagai
sebab untuk berdebatmenjadikan saham sebagai sebab untuk berbual
TANDA BACA
1. Tanda baca ialah simbol atau
tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan
sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan
kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah :
Tanda Noktah atau titik ( .
)
Tanda koma ( , )
Tanda tanya atau soal ( ? )
Tanda seruan ( ! )
Tanda sempang atau sengkang ( - )
Tanda noktah bertindih ( : )
Tanda pengikat kata atau petik (
" " )
Pengunaan Contoh
Huruf Besar1. Digunakan pada permulaan sesuatu ayat atau selepas tanda
noktah.2. Digunakan untuk menulis Kata Nama Khas3. Digunakan pada awal menulis
cakap ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan cakap ajuk.4. Digunakan selepas
tanda seruan. a. Ibu memasak nasi.b. Tan seorang budak yang pemalu. Dia baru
pindah ke sini.a. Amin, ketua Kelas Enam Mawar baru balik dari kampungnya di
Dungun.b. Ahmad membaca buku bertajuk "Bukit Rahsia" yang ditulis
oleh Idris Rahman.a. Dengan lantang ibu berkata " Bangun, kemu sudah terlewat
ke sekolah."b. "Bilakah awak hendak ke pekan ? Hari inikah ?"
tanya Burhan.a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
Tanda noktah atau titik ( .)1. Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat
yangbukan seruan atau pertanyaan.2. Digunakan untuk menulis huruf ringkas atau
kependekan. a. Dia baru pulang dari sekolah.a. Kami melawat R.T.M.a. Bapanya
dianugerahkan pingat P.J.K. oelh Sultan Terengganu.
Tanda koma ( , )1. Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang sama dalam
sesuatu ayat2. Digunakan selepas kata seruan.3. Digunakan untuk memisahkan
cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat.4. Digunakan di belakang pada kata
penghubung pada awal ayat. a. Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula,
bawang, biskut, roti , dan susu. a. Wah, bijak betul budak itu !a. Cikgu Asrul
berkata, "Tolong ambilkan buku kuning itu."b. "Biarkan dia
lakukan sendiri kerja itu," pesan ibu.a. Oleh itu, kita mesti bertindak
dari sekarang.b. Jadi, dia pun lari dari situ.
Tanda Tanya atau soal ( ? )Digunakan untuk menamatkan ayat soal. Pukul berapa
dia pergi ke sana ?
Tanda Seruan ( ! )Digunakan di hujung ayat-ayat seruan. a. Oh, awak rupanya
yang mengetuk pintu tadi !b. Eh, bila kamu sampai !
Tanda Sempang atau Sengkang ( - )1. Digunakan untuk menulis kata ganda.2.
Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar.3. Digunakan untuk
merangkaikan awalan ke depan angka atau nombor.4. Digunakan untuk merangkaikan
angka dengan akhiran -an. a. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau, kuda-kudab.
rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika, Insya-Allah.a. Ke-60, ke-10b. Mereka
menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke - 5.a. 60-an, 70-an, 80-an, 90-anb.
Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun 60-an.
Tanda Noktah Bertindih ( : )1. Digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam
sesuatu ayat.2. Digunakan untuk menggantikan maksud iaitu.3. Digunakan untuk
memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan.4. Digunakan untuk
menerangkan sesuatu dalam ayat. a. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika
tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina.b. Kita mesti membantu orang yang
dalam kesusuhan : sikap yang disukai masyaraka.a. Cikgu : Mengapa awak tidak
datang ke sekalah semalam ? Sani : Saya
tidak sengaja. Saya lewat bangun.a. Di dalam beg ini ada :
i- buku ii- pensil iii- pembaris
iv- pemadam
Tanda Koma Bertindah ( ; )1. Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang
setara dengan keadaannya.2. Digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat
yang menggunakan kata hubung. a. Bawakan barang-barang ini dan berikan kepada
Pak Yusof ; cangkul, sabit dan penggali.b. Kami semua lulus dalam ujian
matematik ; Manisah 80 merkah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.a. Dia
seorang budak yang baik ; kami semua sayang kepadanya.b. Buktikan kepandaian
kamu ; kalahkan pasukan mereka.
Tanda Pengikat Kata atau Petik ( " "
)1. Digunakan untuk menulis cakap ajuk.2. Digunakan untuk menulis nama buku,
majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat. a. "Saya
hendak pergi ke perpustakaan," kata Ghani.b. Adnan berkata, "Sayalah
pemain yang menjaringkan gol itu."a. Cikgu Hashimi menulis sebuah buku
bertajuk, "Penggunaan Tatabahasa dalam U.P.S.R."
AYAT
1. Ayat ialah satu susunan
perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada
yang sempurna.
Contoh :
subjek predikat
1. Afendi2. Kakak3. Ibrahim4. Zulkfli5. Ayam itu gurumenyapu sampah.bermain
bola sepak.Minum tehasyik berkokok.
Ragam ayat
1. Ayat-ayat Bahasa Melayu boleh
dibahagikan kepada empat jenis seperti berikut
Ragam Ayat
Ayat Penyata Ayat
Seruan Ayat Tanya Ayat Penyata
Ayat Penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatuhal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita auat Ayat Keterangan.
Contoh : Budak-budak itu bermain
di tepi longkang.
Ayat Tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana,
bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
Ayat Seruan
1. Ayat yang digunakan untuk
melahirkan sesuatu perasaan seperti marah, takut, terkejut, sakit, hairan dan
sebagainya.
2. Dalam penulisan tanda seru ( ! ) digunakan.
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contoh : Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
Ayat Perintah
1. Ayat yang digunakan untuk
menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
Usahlah menangis lagi.
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah menikmati
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
1. Kedua-dua ayat ini berlainan
bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
Ayat Aktif Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu.2. Ibu memasak nasi lemak.3. Kita mesti mendengar
nasihat guru kita.4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.5. Yusof membawa kerusi
patah. Buku itu dibaca oleh Ali.Nasi lemak dimasak oleh ibu.Nasihat guru kita,
mesti kita dengar.Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.Kerusi patah dibawa
oleh Yusof
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal
disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi,
sambil seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat
Majmuk )
CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah
percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah
maksudnya.
Cakap Ajuk
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya
dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda
penutup kata ( " …….. " )
Cakap Pindah
1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi
tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
1. " Di manakah awak letakkan beg itu ? " tanya Cikgu Azmi kepada
Sunita. Cikgu Azmi bertsnys kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.
2. Kata nenek kepada Siti, " Begini cara membuat kuih Bahulu." Nenek
berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.
3. Kata Hassan kepada Faizal , " Ini buku awak. " Hassan menyatakan
kepada Faizal bahawa itu buku dia.
4. " Ayam itu lapar," kata Asmah. Asmah menyatakan bahawa ayam itu
lapar.
5. " Berikan bola ini kepada Zainal Abidin," kata Dollah Salleh.
Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.
KATA GANDA
1.Kata Gandaan ialah satu proses
pengulangan perkataan.
2. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada
bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
1. Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
Contoh :
Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
buku-bukulembu-lembumurid-muridkawan-kawan
baring-baringpandang-pandangjalan-jalanusik-usik
manis-manisbesar-besarawal-awalbulat-bulat
Gandaan Separa Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan
cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki bebola lelabah pepohon jejari
kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan
menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
tunggang-langgang tanah-tanih semak-samun bengkang-bengkok gelap-gelita
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan
mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar
sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang
tari-menari tangis-menangis rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan