TUGAS PEMBANTU TADBIR SEKOLAH
1.0 |
Menyediakan lembaran gaji setiap bulan. |
2.0 |
Menyediakan dan menyimpan : |
2.1. Resit-resit bayaran |
|
2.2. Baucar tuntutan |
|
2.3. cek-cek sekolah |
|
2.4. menutup akaun sekolah setiap bulan. |
|
3.0 |
Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan pelajaran |
4.0 |
Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah. |
5.0 |
Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun. |
6.0 |
Menyediakan borang-borang cukai pendapatan. |
7.0 |
Tugas-tugas lain : |
7.1. Membuat penyata bulanan. |
|
7.2. Menyelesaikan surat-menyurat. |
|
7.3. Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid. |
|
7.4. Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan SPBT. |
|
7.5. Menyediakan borang pesanan alatan sekolah. |
|
7.6. Mengarahkan tugas Pekerja Am Rendah. |
|
7.7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar. |
|
8.0 |
Menjadi setiausaha kepada Guru Besar, mengingatkan Guru Besar tentang suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan. |
9.0 |
Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini, kemas dan teratur. |
10.0 |
Menyimpan rahsia sekolah (mematuhi arahan di bawah ARR kerajaan) |
11.0 |
Membantu Guru Besar mengatur jadual cuti rehat bagi kakitangan sekolah termasuk jadual ganti bagi Jaga. |
TUGAS PEMBANTU AM RENDAH
1.0 |
Mengatur, menyusun dan mengemas kini pejabat, bilik Penolong Kanan dan Guru Besar. |
2.0 |
Menjaga kebersihan pejabat. |
3.0 |
Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah. |
4.0 |
Menghantar surat-surat ke pejabat pos, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. |
5.0 |
Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan dihantar. |
6.0 |
Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru. |
7.0 |
Membantu kerani dalam urusan pejabat. |
8.0 |
Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat. |
9.0 |
Menjaga buku rekod pejabat. |
10.0 |
Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid. |
11.0 |
Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah menggunakan mesin pendua. |
12.0 |
Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah Pendidikan Terengganu. |
13.0 |
Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar. |
14.0 |
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar. |
TUGAS PEKERJA RENDAH AM
1.0 |
Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan. |
2.0 |
Memotong rumput, membersih semak-samun atau pokok-pokok kecil yang tidak berguna di kawasan sekolah. |
3.0 |
Menanam, menggembur tanah, menyiram, membaja serta menjaga semua pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang tugasnya. |
4.0 |
Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padang permainan dan lain-lain kelengkapan padang / gelanggang. |
5.0 |
Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak. |
6.0 |
Menyusun, mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan pada masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan di sekolah. |
7.0 |
Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti. |
8.0 |
Membersih cermin-cermin, tingkap-tingkap dan juga dinding bangunan sekolah. |
9.0 |
Menjaga dan menyelenggarakan generator, mesin rumput, pam air dan perkara-perkara yang berkaitan dengan enjin. |
10.0 |
Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah. |
11.0 |
Menyapu dan membersihkan bilik darjah, kaki lima / koridor, tangga dan juga longkang sekolah. |
12.0 |
Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup selepas digunakan supaya tidak berlaku pembaziran. |
13.0 |
Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa. |
14.0 |
Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap hari kecuali hari perhimpunan dan cuti am. |
15.0 |
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar. |
TUGAS JAGA SEKOLAH
1.0 |
Menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan dan membuat catatan dalam buku laporan apa yang berlaku semasa dalam tugasnya. |
2.0 |
Memastikan semua harta benda dalam keadaan selamat. |
3.0 |
Melarang sesiapa sahaja daripada berada dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar. |
4.0 |
Membuat rondaan dan kawalan dari masa ke semasa. |
5.0 |
Memastikan lampu-lampu dipasang di tempat-tempat yang tertentu dan dipasangkan pada masa yang ditetapkan. |
6.0 |
Memastikan semua pintu pagar dan pintu bilik sekolah berkunci semasa menjalankan tugas. |
7.0 |
Membuka semua bilik sekolah yang dikunci dan pintu-pintu pagar sebelum pulang pada waktu pagi hari persekolahan. |
8.0 |
Melaporkan kepada Guru Besar / polis serta-merta apabila berlaku sebarang kejadian kecemasan / kemalangan / kecurian di sekolah. |
9.0 |
Sentiasa berada di dalam kawasan sekolah sepanjang masa bertugas. |
10.0 |
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar. |